Friday, September 28, 2007

Sahabatku Zul'Azhar telah kembali ke Rahmatullah


27/09/2007 hari Khamis bersamaan 15 Ramadhan tepat jam 11.00 pm semasa tengah rehat-rehat nonton tv aku mendapat panggilan telefon dari kawan ku zaipu dari tempat kerja,mengatakan zulazhar telah meninggal dunia di hospital assunta pj. Hari tu masa shift petang ada kawan mengatakan zulazhar tak datang kerja kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya tapi mungkin tak serius hanya luka-luka kecil sahaja. Lepas tu tak taulah tentang bila masanya dia pergi hospital,atau mungkin dia ada sakit yang lain. Aku sungguh terkejut dengan berita yang aku terima malam tadi. Zaipu kata lepas maghrib berbuka puasa dia dan beberapa orang kawan pergi melawat zulazhar di hospital. Katanya lagi,petang tadi ada pegawai pejabat pergi melawat dan nampaknya sakit zulazhar nampak macam serius. Sebab itulah dia pergi ke sana untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Esoknya masa masuk shift malam terus aku berjumpa kawanku yang lain di tempat kerja untuk bertanya tentang perihal sahabat ku zulazhar meninggal dunia di hospital. Mereka menceritakan sebenarnya zul dah lama dan hampir dua bulan merasa sakit-sakit perut. Dia mensyaki mungkin kena gastric. Setelah pergi ke klinik doctor memberikan ubat penahan sakit untuk gastriknya. Bila ubat tu habis berulanglah dia ke klinik semula untuk mengambil ubat lagi. Mungkin dia tidak tahu yang dirinya telah di jangkiti virus hepatitis B. Semasa nak datang bekerja shift malam dia muntah darah,mungkin masa menaiki motor. Kemudian dia terus ke klinik. Di klinik dia muntah darah lagi. Terus doctor memberi satu surat dan menyuruhnya pergi ke hospital untuk membuat rawatan lanjut. Dengan menaiki motor terus dia ke hospital. Sampai di hospital dia di masukkan ke dalam wad. Dia menelefon seorang sahabat bernama mat zain dan memberitahu akan perihal dirinya. Kawan ku ceritakan lagi semasa mat zain datang melawatnya elok aja dia berbual-bual. Isterinya telah di beritahu mungkin zul kena gastric aja,jadi tiadalah isterinya datang melawatnya pada malam itu dan bercadang untuk melawat akan keesokkan harinya. Setelah mat zain balik zul telah di masukkan ke wad icu kerana muntah darah lagi. Doctor kata sakit zul telah bertambah serius dan hatinya telah mengecut tidak berfungsi lagi. Doctor telah menyuruh memanggil akan keluarganya. Kerana tekanan darah yang di pam dari jantung tidak melepasi hati maka saluran darah telah pecah,maka berlakulah pendarahan. Tak boleh ku bayangkan akan kesakitan yang di tangungnya. Keesokan harinya ramai saudara-mara dan kawan-kawan serta pegawai-pegawai dari tempat kerja datang menziarah. Allahyarham di kebumikan selepas solat jumaat di tanah perkuburan kota Damansara. Semoga dirinya di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Ku hadiahkan AlFatihah buat Allahyarham zulazhar dan takziah ku ucapkan untuk keluarga Allahyarham. Tidak ku sangka dalam usia 41 tahun begitu cepat kawan ku ini pergi untuk selamanya. Meninggalkan isteri berserta enam orang anak. Semoga rohnya di cucuri Rahmat. Selama bekerja dan sama tempat kerja,banyak kenangan aku bersama Allahyarham. Kalau bertemu dengannya satu kemestian aku dan dia akan berbual tentang hal-hal keagamaan tentang kehidupan manusia ini menuju ke alam akhirat. Kadangkala apa-apa masaalah di tempat kerja dia menceritakan pada aku. Banyak sifat-sifat sabar yang terpancar dari muka dan dari luahan hatinya. Semuanya kuasa Ilahi yang telah Allah tetapkan di loh mahfuz akan kehidupan manusia ini. Tidak siapa pun yang dapat menahan walau sesaat pun. Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.

Tuesday, May 1, 2007

Lilin/Dian


Terlalu banyak perumpamaan tentang lilin ini. Ada yang panggil lilin ini 'dian'.
Umpama lilin menerangi biar pun rela membakar diri.
Hidup umpama lilin sedikit demi sedikit akan padam jua akhirnya.
Guru umpama lilin mencurahkan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa.

Tapi bagaimana pula bila kat rumah tengah syok-syok nonton tv atau tengah malam yang terang benderang tiba-tiba saja terputus aliran elektrik (black out). Lilin jugalah yang akan menjadi pengganti untuk menerangi di malam yang gelap gelita. Nak harapkan lampu pelita,itu pun kalau masih ada menyimpannya lagi. Kalau ada pun mungkin dah tak ada minyak api/minyak tanah/minyak gas yang dah kering kontang dalam bekas selepas berlalunya hari raya.

Sebenarnya minyak kelapa juga boleh di gunakan. Ianya salah satu lampu tradisional orang dulu-dulu. Cerita dari nenek moyang aku,masa zaman jepun dulu dia orang gunakan minyak kelapa aja. Zaman perang zaman kesusahan yang teramat sangat. Untuk bekas,tali dan minyak semuanya di buat sendiri dari bahan pokok kelapa tu juga. Dari situlah timbul fikiran-fikiran yang sungguh kreatif untuk merekacipta dari kalangan orang-orang melayu sendiri. Kalau nak tahu juga tentang kreativi orang melayu di zaman kesusahan dulu/zaman perang,rajin-rajinlah bertanya pada orang tua yang pernah mengalaminya atau pun mencari bahan-bahan cerita itu di perpustakaan.

Berbalik pada lilin tadi. Itulah salah satu kegunaannya ketika berlakunya sesuatu kecemasan ketika terputus aliran elektrik di waktu malam.

Ada pepatah orang tua-tua: 'biar tak ada api jangan tak ada air' bayangkanlah kalau tak ada air (bekalan air paip terputus) adehhh memang seksalah jawabnya.

Saturday, April 28, 2007

Kotakan kata-kata

Sabtu 28/4/2007 K. Parthiban (BN) di julang oleh para penyokongnya setelah menang besar kalahkan Tan Sri Khalid (PKR) pilihan raya kecil di Ijok. Masa mengundi kuasa di tangan rakyat. Orang yang di undi dan menang undi kenalah kotakan kata setelah berjanji semasa berkempen tempohari.


jangan pula nanti di katakan 'menanam tebu di bibir mulut'...heh heh

Lain di mulut lain di hati

Bekas ketua pegawai eksekutif Permodalan Nasioal Berhad (PNB) Tan Sri Khalid,61,yang juga bekas ketua pegawai eksekutif Kumpulan Guthrie.
Memang aku gelak besar tengok gelagat dia ni. Semasa berkempen di Ijok berucap berkobar-kobar dengan penuh bersemangat sampaikan tersasul.
Di dada baju pakai lambang parti sendiri tapi di mulut suruh undi dan sokong parti lawan. Inilah yang di katakan lain di mulut lain di hati. Tak menyirap ker darah para penyokong?

Inilah kata-kata yang di ucapkan dengan penuh semangat di hadapan para penyokong semasa pilihan raya kecil Ijok.

"Sekarang kita buat perubahan dan sekarang ialah masanya dan saya berharap kita semua bersama-sama untuk membuat perubahan dan mengundi calon Barisan Nasional sebagai yang menang untuk Dewan Undangan Negeri Ijok. Terima kasih."

heh heh heh...benci tapi rindu.




Friday, March 30, 2007

Gila Kuasa

Pelik memang pelik perangai manusia. Kalau yang gila,tahap pemikirannya melampaui dari batas-batas manusia yang normal. Mungkin dalam otak mereka ada urat saraf yang telah putus tidak dapat di perbaiki lagi. Kalau yang gila-gila pula,biasalah suka nak mendapat perhatian dari kawan-kawan untuk di jadikan bahan tertawa. Kalau yang gila kuasa inilah yang paling bahaya. Naik pangkat sikit mula nak tunjuk kuasa. Seperti kata pepatah lebih sudu dari kuah. Boss tak ada apa-apa dia pula yang melebih-lebih. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya. Perkara yang kecil suka di perbesar-besarkan. Habis di ceritakannya pada orang lain. Sehingga yang tak tahu pun jadi tahu. Sedangkan mereka ini tidak nampak kesalahan diri mereka sendiri. Diri mereka sahaja yang betul. Depan boss buat-buat sibuk,mengarah sana mengarah sini seolah-olah dia seorang sahaja yang tahu buat kerja. Nak mengampu dan membodek bosslah konon. Di sebabkan perangai yang beginilah menyebabkan seorang demi seorang kawan-kawan menjauhkan diri. Orang yang begini harus sedar diri. Ubahlah segala sikap yang tidak di senangi. Jangan meletakkan diri sendiri terlebih tinggi dan belajarlah menghormati orang lain. Mereka akan berasa untung dan tidak akan rugi,malah mereka akan di hormati oleh orang-orang di sekeliling.

Saturday, March 17, 2007

Tikam belakang,busuk hati

Merbahaya kalau berkawan dengan orang yang suka tikam belakang dan busuk hati. Di hadapan kita manis sungguh berkata-kata,bila di belakang,kita di buruk-burukkannya.
Misal kata di tempat kerja: Kita buat kerja mengikut prosedur yang telah di tetapkan. Semua berjalan lancar sehinggalah tamat waktu kerja. Apa yang di buat semuanya menepati mengikut kehendak majikan kita. Sudah tentulah hati majikan kita merasa senang. Tapi bila seorang ini mengambil alih tugas dari kita untuk memulakan kerjanya hingga tamat waktu kerja,dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan jaya. Kita pula di persalahkan di atas kegagalannya. Bila terjumpa suku sakatnya mencecehlah mulutnya mengata-ngata apa sahaja yang tak berkenan di hatinya. Orang yang semacam ini memang tidak mahu menerima kelemahan dan kesilapan diri sendiri.
Majikan pula bukan orang yang bodoh atau pun bebal. Sekali dua mungkin majikan percaya apa yang di katakannya,tapi kalau dah selalu membuat kesilapan akhirnya tembelang akan pecah juga. Walaupun tembelang dah pecah sebusuk bau bangkai,orang yang jenis ini tak akan mau sedar-sedar dan tak mahu menerima hakikat akan kelemahan dirinya itu. Inilah agaknya yang di katakan bodoh sombong.
Maka tiadalah ubat yang mujarab untuk mengubati orang yang jenis ini,kecuali dirinya mahu menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada dirinya dan mahu menerima teguran,nasihat dan tunjuk ajar dari orang lain yang lebih pandai dari dirinya.
Oleh itu berhati-hatilah kalau terjumpa dengan orang yang suka tikam belakang dan busuk hati.

Friday, March 9, 2007

Marah,amarah

Pernahkah anda memarahi seseorang dan pernahkah anda di marahi?
Orang yang memarahi pula menyerang tanpa usul periksa. Sudah tentulah orang yang kena marah panas telinga mendengarnya. Sepatutnya tanyalah dahulu kenapa perkara itu boleh terjadi dan apa kesilapan yang telah berlaku menyebabkan ianya terjadi. Apabila orang yang hendak di marahi itu memberikan alasan-alasan dan sebab musabab ianya terjadi,maka barulah di fikirkan dan di pertimbangkan sama ada ianya logik atau pun tidak. Kalau kesilapan itu benar berlaku,terangkan padanya apa yang harus di buat dan di perbaiki untuk mengatasinya. Secara tidak langsung kita mendidik memberi pelajaran untuk di jadikan pengajaran dan pengalaman terhadap orang tersebut. Perlu juga di ingat,jangan memarahi seseorang di depan khalayak ramai. Ini akan menjatuhkan maruah dan airmuka orang itu. Seeloknya panggil orang yang hendak di marahi itu masuk ke dalam satu bilik. Begitulah yang di sarankan oleh pakar-pakar motivasi. Memang ada benarnya. Ketika itu terangkan padanya apa kesalahan yang telah dia lakukan menyebabkan ianya berlaku dan nasihatkan supaya ia tidak berulang lagi.
Dengan cara itu barulah atau mungkin orang yang di marahi itu menerima apa sahaja kemarahan dengan penuh rasa sedar dan akur akan tanggungjawab. Dari situ juga barulah timbul rasa hormat di hatinya kerana anda pandai memilih tempat cara terbaik untuk memarahi seseorang dan anda akan di hormati di atas kewibawaan anda.
Tapi yang seeloknya kalau hati terasa berapi nak memarahi seseorang,tanamkanlah dalam diri dengan hati bersikap tenang dan cubalah pujuk diri sendiri supaya senantiasa bersabar. Inilah sikap yang paling baik dan terpuji.

Friday, March 2, 2007

Pilih tak kena tempat

Di dalam sesuatu persatuan yang menitikberatkan ke arah pendidikan,contohnya persatuan PIBG,seseorang ketua akan di lantik dengan mendapat sokongan dari ahli-ahli yang lain. kebanyakan individu yang di lantik mempunyai sejarah kredibiliti yang bagus dan menarik perhatian ramai. Tetapi ahli-ahli juga mesti mengambil kira dari aspek luaran imej individu tersebut. Bagaimana hendak memberi contoh kalau individu tersebut berambut panjang,berpakaian baju t,berseluar dengre dan berselipar sahaja. Imej luaran yang kemas juga mesti di ambil kira. Tidak terfikirkah oleh ahli-ahli akan perkara tersebut yang ada hubungkaitnya untuk mendidik anak-anak murid ke arah contoh yang terbaik. Bila ada yang mengkritik janganlah pula tahu melenting,sebab kita hendaklah betul-betul tahu dan faham,kerana sesuatu penilaian yang di buat oleh orang-orang yang di luar itu adakah betul atau pun salah. Jangan pula nanti di katakan 'seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul'.

Monday, February 19, 2007

Ragam kawan

Bagus kalau berkawan ramai ni. Dari mereka kita dapat menimba ilmu pengetahuan selain dari membaca dan melawat ke tempat orang lain. Di dalam ramai kawan tu mesti ada seseorang yang suka menonjolkan diri,suka menunjuk-nunjuk kepandaian. Cakap mesti nak menang tak mau nak kalah. Semuanya dia tahu walaupun ada yang dia tidak tahu. Cakap apa saja perkara semua dia tahu sampai A hinggalah ke Z. Kalau di lawan bercakap memang susah kita untuk menang dan memang susah untuk mematahkan hujahnya. Di sebabkan seorang ni jugalah ada kawan-kawan lain yang menjauhkan diri. Ada juga kawan-kawan yang patah hati tak mahu duduk semeja kalau yang seorang ini ada bersama. Maklumlah kadang-kadang tu ada kawan yang telinga nipis tak tahan panas. Kalau kedua telinga dah merah menyala penumbuk pun mau singgah ke muka agaknya. Mungkin juga.
Tetapi tidak bagi diri ku. Tak menjadi beban pun kalau berkawan dengan orang macam ini. Biasalah orang macam ni memang mulut bisa sikit,cakap direct tak ada nak selindung-selindung pun. Pokok pangkalnya kita pandai melayan,ikut rentaknya segala apa topik yang di bualkan. Tentu kamu orang tak percaya,orang-orang seperti mereka ini ada di antaranya mempunyai IQ yang tinggi walaupun tidak tinggi dari bidang akademik. Kalau nak tau cubalah bercampur dengan mereka ini,tetapi memakan masa jugalah untuk membiasakan diri. Bila dah berdamping dengan orang yang semacam ini,telinga kenalah tebal macam telinga gajah,hati kena keras macam batu. Dari situ baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Friday, February 16, 2007

Sahabat ku Damit kembali ke Rahmatullah

Dah beberapa hari aku tak masuk KOOL. Kat situlah aku melepak bila ada kelapangan. Sejak kebelakangan ni mood aku berkurangan. Tu yang malas aja nak masuk berforum. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Semalam mood aku terbuka sedikit dan aku masukkan satu entri dalam blog aku. Lepas siap semuanya aku nak offline,tapi aku rasakan macam ada sesuatu yang memaksa dalam hati ku ini menyuruh aku masuk kejap kat KOOL. Sebelum masuk KOOL aku nak jengok blog kawan-kawan dulu. Mula-mula aku jengok blog dak Ajip. Tengah membelek blog Ajip tiba-tiba mata ku terpaku di satu sudut blognya,tertulis AlFatihah untuk Khairul Jamil bin Yunus a.k.a Damit. Aku jadi gementar dan jam tu juga terus aku masuk KOOL. Terpampang di atas sekali 'tribute to Damit' AlFatihah buat Allahyarham Khairul Jamil Yunus. Hati ku berdebar-debar bila membaca tajuk tersebut. Bila aku buka dan baca satu persatu terus badan ku menjadi lemah,sedih dan pilu menusuk di hati ku. Rupanya kawan seforum ku Damit telah kembali ke Rahmatullah dan barulah aku tahu berita di dada akhbar kelmarin yang tertulis tentang 'kematian seorang majistret di Miri' adalah mengenai dirinya. Sebak ku rasakan bila mendapat tahu akan berita ini.
Damit adalah kawan seforum di alam cyber yang telah ku kenali beberapa tahun yang lalu hinggalah kini. Pertama kali dulu aku kenalnya di forum AMNET dan bertambah akrab semenjak masuk di forum KOOL,begitu juga pada kawan-kawan yang lain. Walaupun tidak pernah berjumpa di alam nyata tapi aku merasa senang berbual dengannya. Damit seorang yang periang,suka membuat kawan menjadi ceria. Setiap kali berjumpa di forum mesti tidak tinggal dengan lawak jenakanya. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi nak marah di sebabkan lawak lelucunnya. Aku masih teringat suatu waktu dulu,pernah dia mengadu dan meluahkan perasaannya pada ku kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama kaum keluarga. Dapat cuti untuk balik beraya pun setelah hari raya berlalu. Aku simpati dan sedih pula aku rasakan ketika itu,yang mampu aku katakan hanya menyuruh dia bersabar sahaja. Walaupun berbual hanya tulisan yang di tatapi,tapi ku rasakan seolah suaranya bergema menyelinap di telinga ku. Hari ini barulah aku tahu akan identiti sebenar Damit dan menatap gambarnya dari laman web yang di paparkan oleh kawan-kawan di forum KOOL. Terima kasih kawan-kawan.
Damit,walaupun kau telah tiada,sebagai seorang sahabat diri mu tetap dalam kenangan ku. Semoga diri mu di cucuri rahmat,di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal Aalamin.

Wednesday, February 14, 2007

Gila status

Segelintir manusia apabila mereka merasa mempunyai kelebihan,keistimewaan atau apa sahaja yang lebih,akan timbul dalam diri mereka ini suka membanggakan diri kerana ketinggian status dari orang lain. Mereka-mereka ini berasa tersangatlah bangga dan cakap pun nak tinggi-tinggi sahaja. Perangai dan perilaku beginilah yang akan merosakkan diri mereka sendiri. Ketika orang lain melakukan proses interaksi dan komunikasi dengan mereka ini dan apabila terserlah segala sifatnya,maka akhirnya perbualan akan menjadi hambar dan sebolehnya dengan cepat mahu di selesaikan agar segera tamat. Tidak ada hasil positif yang di perolehi,malah telah membabitkan hasil negatif. Semuanya di atas kejelikan mereka yang gila status. Saudara-mara dan kawan-kawan yang tidak tahan akan menjauhkan diri. Walaupun ada yang tahan mungkin melayan dengan separuh hati di sebabkan tidak mahu memutuskan pertalian siratulrahim. Sama ada yang gila status ini sedar atau tidak sedar tak tahulah. Bagi yang telah sedar baguslah. Bagi yang masih belum sedar,moga mereka ini tersedar.

Peristiwa 1 : Aku pergi menziarah sepupuku yang baru meninggal dunia. Semasa berjalan masuk di simpang ke rumahnya terserempak dengan seorang yang memang ku kenal sangat menuju ke arah yang sama. Bersalaman dengan ku dan dia berkata,"baru jer sampai nii naik flight,duduk seat first class lagi". Dalam hati ku berkata,'tak tanya pun'. Tapi aku layan jugalah. Tak layan kang merajuk pula tarik muka masam. Haha.

Peristiwa 2 : Semasa mengadakan sukan,ramailah cawangan-cawangan dalam Malaysia yang datang dan berkumpul di sana. Aku terlihat seseorang yang memang ku kenal sangat. Bukan orang lain pun,adalah kena mengena. Dah terjumpa mestilah nak bertanya kabar. Aku terus menuju ke arahnya,memberi salam dan bersalaman. Di sebelahnya ada orang penting. Orang penting memandang dan tersenyum. Tak sampai seminit pun berbual. Tiba-tiba dia merenung tepat ke arah ku,lihat kiri kanan dan berkata dengan suara perlahan takut orang lain dengar agaknya,lalu berkata,"kamu tau tak apa jawatan aku"? Aku dengan muka poyo cakaplah,"tak tau". Dia kata lagi,"aku sekarang ni jadi ketua pegang semua bahagian dalam cawangan". Dalam hati ku berkata,'wahh besar pangkat ni' dan aku tanya sikit lagi,"berapa lama dah"? Dia jawab,"uiisshhkk,setahun lebih dahhh". Dalam hati ku,' a ah yo lahh,kang tak bagi tau tak tau pula'. Nak tunggu aku bertanya usah haraplah. Haha.

Peristiwa 3 :Tak payah sambunglah,sebab segala macam perangai ada. Naik muak. Mungkin pengalaman kamu lebih dari itu?

Tuesday, January 30, 2007

Ego yang terlampau

Ego adalah salah satu sifat yang ada dalam diri manusia. Ego yang terlampau boleh memusnahkan diri manusia itu sendiri. Mereka bangga akan kekayaan,keturunan,pangkat dan kesenangan hidup yang mereka miliki. Memandang rendah pada orang lain hingga sanggup menghina,memperkecil-kecilkan kebolehan orang lain dan memperlakukan orang lain dengan perbuatan yang sungguh kurang menyenangkan. Sungguh buruk akibatnya bila berlaku di kalangan saudara-mara sendiri,apatah lagi pada orang lain. Perasaan dan emosi orang yang tersinggung di sebabkan merasa terhina akhirnya akan terkeluar dari mulutnya dan tersebarlah berita akan keburukan kelaku orang yang ego terlampau tadi. Maka secara sepontan orang lain yang pernah terkena,selama ini mendiamkan diri,memendam rasa akan terkeluar juga dari mulut mereka menceritakan kisah mereka yang pernah di hina,di perli,di perbodoh-bodohkan dirinya,mencela sesuatu kekurangan dalam keluarganya dan lain-lain lagi. Bukan seorang yang tampil ke hadapan,tapi mungkin hampir keseluruhan. Akibatnya orang yang ego terlampau akan di pinggirkan dan di pulau oleh saudara mara,kawan-kawan dan jiran sekeliling. Apabila di hari perayaan,kenduri-kendara,berlaku sakit pening,yang datang menziarah boleh di kira dengan jari. Kemanakah pergi saudara-mara dan rakan-rakan yang lain?
Di sini barulah timbul kekesalan di atas kelancangan mulut mereka dulu. Tapi sudah terlambat untuk mengubat hati-hati orang yang pernah terluka,walaupun kudisnya sudah baik tapi parutnya masih berbekas lagi. Mungkin yang datang menziarah walaupun berat hati,tapi terpaksa juga di sebabkan ada pertalian keluarga. Bak kata pepatah,'sebusuk-busuk daging di gincah di cincang di makan juga'.

Oleh itu apabila kekayaan dan kesenangan memihak kepada anda,jangan sesekali memandang rendah pada diri orang lain,kerana setiap insan yang bernama manusia ada kelebihan masing-masing yang Allah berikan.

Wednesday, January 24, 2007

Kisah dua orang sahabat

Pertemuan dua orang sahabat antara Ajih dan Ajoi. Sambil bertanyakan khabar berita mereka berdua singgah sebentar di sebuah restaurant mamak. Mereka memilih tempat duduk yang jauh sikit dari pelanggan-pelanggan yang datang silih berganti. Tiap seorang pekena sekeping roti canai dan segelas teh tarik. Perbualan semakin rancak,roti canai di koyak di cicah kuah kari,mulut mengunyah di selang-seli menghirup teh tarik panas dengan berselera sekali. Macam-macamlah yang di bualkan,tentang pekerjaan,tentang keluarga dan berbagai-bagai lagi. Ajoi memanggil Ajih dengan panggilan 'abang' kerana umurnya lebih tua sedikit dari Ajoi. Bila sampai di satu topik yang menggelisahkan,hanya sekali-sekala saja Ajih menyampuk bila mendengar cerita dari Ajoi,tapi selebihnya banyak mengangguk-ngangguk sahaja. Ajih tidak mahu menganggu perjalanan cerita dari topik yang di bualkan.

Ajih: "dah macam-macam hal di bualkan ni joi,nak tau gak camna hidup nko sekarang?maklumlah jarang bertemu,lagi pun dah bawa haluan masing-masing"(Ajoi tersengih mendengarkan kata-kata Ajih)

Ajoi: "macam biasalah bang,lagi pun saya tak duduk kat tempat dulu lagi dah,dah pindah ke tempat lain,beli rumah baru".

Ajih: "ohhh camtu"(balas Ajih pendek sahaja)

Ajoi: "hari tu saya ambil cuti bang,ada hal sikit".

Ajih: "wahh tentu jauh langkah ni,cuti-cuti Malaysia ker?"

Ajoi: "tak adalah bang,saya ambil cuti sebab nak tolong kawan".

Ajih: "tolong kawan,kenapa dengan kawan Ajoi,dia sakit ker?"

Ajoi: "tak lah,cuma tolong camtu jer,dia orang minta tolong"(Ajoi sengih-sengih lagi seolah-olah macam berat nak menceritakan sesuatu)

Ajih: "ceritalah joi,nak gak abang dengar ni".

Ajoi: "saya pergi Melaka nak cari rumah kosong".

Ajih: "aikkk,rumah dah ada nak cari rumah lagi?"

Ajoi: "bukan nak belilah bang,saya cari rumah kosong yang dah lama di tinggalkan,kat situlah makhluk-makhluk ghaib menumpang duduk dan di panggil supaya taburkan duit depan kita,kena tetapkan jumlahnya dalam RM Malaysia bang,kalau dah dah dapat tak boleh tamak bang,tujuan saya nak tolong orang tak ada tujuan lain pun,saya ikhlas".

Ajih: "eeee nko tak takut ker joi dan macamana nko panggil makhluk tu?"(Ajih terpaku mendengar cerita dari mulut Ajoi)

Ajoi: "kena beranilah,kena buat waktu detik 12 malam dan ada beberapa petua juga beberapa barang yang di perlukan bang,dapat barang-barang tu pun adalah kawan-kawan yang tolong carikan,nak panggil makhluk tu kena sediakan dan bentangkan kain kuning dan barang-barang tu semua di atur kat atasnya,kena buat solat dulu,lepas tu duduklah berwirid,nanti yang datang tu jin islam,memang betul dia yang datang bang,tapi di duganya kita dulu sama ada kita tahan atau tak tahan",ishhkk tengok ni bang,naik bulu roma saya"(Ajoi menyuakan lengannya ke arah Ajih memperlihatkan bulu romanya yang tegak berdiri)

Ajih: "abih tu dapat ker apa yang nko hajatkan?"(Ajih tidak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya)

Ajoi: "gagallah bang,makhluk tu samar-samar jer nampak tunjukkan dirinya".

Ajih: "kenapa lak?,ada sesuatu yang tak kena ker?"

Ajoi: "memang pun,sebab barang-barang yang di perlukan tu tak lengkap,akhirnya saya balik dengan tangan kosong,salah kawan sayalah bang tak beritahu syarat-syarat yang lengkap,mungkin lainkali saya nak cuba lagi bang,apa abang nak anggap pada diri saya pun anggaplah,saya tak marah"(Ajoi seolah-olah dapat membaca isi hati Ajih)

Ajoi: "niat saya nak tolong orang aja bang,tak ada niat lain pun"(Ajoi mengulangi kata-katanya seperti di atas tadi)

Ajih: "yer lah,abang faham,abang faham apa yang Ajoi katakan itu"(kerana nak jaga hati kawan dari tersinggung,Ajih mengangguk-ngangguk dan mengiyakan saja apa yang di katakan oleh Ajoi walaupun dalam hatinya memberontak dan membangkang,tidak setuju akan tindak tanduk dan perbuatan Ajoi yang sudah jauh terpesong,hati Ajih mula menjadi tawar malas nak layan lagi)

Ajih: "nampaknya dah hampir petang ni joi,cuaca pun nampak mendung semacam aja,lewat lak sampai kat rumah kang"(Ajih menghabiskan baki teh tarik yang masih ada di dalam gelas)

Ajoi: "ok lah bang,saya pun ada hal juga ni,ada masa nanti kita jumpa lagi yer".

Ajih: "ok lah joi,jumpa lagi,assalamualaikum".

Ajoi: "waalaikumsalam".

Ajih bersalaman dengan Ajoi. Dalam perjalanan pulang masih terngiang-ngiang di telinga Ajih apa yang di ceritakan oleh Ajoi semasa di restaurant tadi. Ajih tidak menyangka sama sekali,Ajoi yang di kenalinya dulu yang mendalam dalam ilmu agama sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum syara'. Ajih berdoa dan berkata dalam hati semoga Ajoi bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Kesimpulan dari kisah tersebut,jangan mudah terpedaya hingga menjerumuskan diri anda ke lembah syirik. Tak ada berkatnya rezeki yang kita dapat dengan membelakangkan hukum-hukum agama dan akhirnya diri sendiri yang rugi.

Monday, January 22, 2007

Anda pernah tertipu?

Apabila anda temui seseorang yang baru di kenali janganlah mudah percaya. Jangan terus terpedaya bila melihat penampilannya yang begitu kemas,percakapan dan lagak yang penuh sopan santun dan perangainya yang penuh meyakinkan juga wataknya seolah-olah menggambarkan orang yang kuat dalam agama. Bagi mencapai cita-cita,manusia sanggup melakonkan apa saja untuk memenuhi hasratnya. Kita tidak tahu apa niat dan nawaitu seseorang itu terhadap kita. Berhati-hatilah dan berwaspadalah selalu dengan orang yang belum kita kenali. Jangan pula jadi bak kata pepatah “sudah terhantuk baru nak tengadah”.

Sunday, January 21, 2007

Perjuangan Adibah Noor

Lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor ciptaan Azlan Abu Hassan (adik kpd komposer terkenal Adnan Abu Hassan) dan lirik oleh Adibah Noor memenangi anugerah juara AJL 21 di Stadium Putra Bukit Jalil malam tadi. Vokal terbaik juga di menangi oleh Adibah Noor. Siapa sangka insan yang fizikalnya sedemikian rupa mempunyai suara yang lantang dan nada yang tinggi menyebut setiap bait-bait lirik lagu dengan jelas sekali. Kelebihan yang ada pada dia ialah menyanyi secara live dengan baik sekali. Tak sama dengan sesetengah penyanyi,muka aja cantik,bila nyanyi secara live habis hancur,suara tenggelam,muzik ke mana lirik entah ke mana,sebut bait-bait patah perkataan pun tak jelas macam bunyi lebah terbang berdengung-dengung.

Adibah Noor kerap kali di jemput untuk menyanyi di dalam majlis-majlis vip. Ramai yang memuji kelantangan dan vokalnya bila menyanyikan sesuatu lagu. Dulu semasa dia mengatakan hasratnya nak menjadi recording artis,ramailah masa tu mereka-mereka yang memperlekehkannya bila melihat fizikalnya sedemikian rupa. Tapi Adibah Noor ni seorang yang sabar,dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri akhirnya berjaya juga dia menerbitkan albumnya sendiri. Tapi masih juga ada pihak-pihak dari syarikat recording kat Malaysia ni memandang sebelah mata akan kebolehan Adibah Noor. Jadi malam tadi 22 Jan 07 dalam anugerah AJL21 akhirnya perjuangan Adibah Noor di iktiraf dengan penuh gemilang. Oleh itu masih adakah pihak-pihak berkenaan dari syarikat-syarikat recording kat Malaysia ni menidakkan bakat dan kebolehan Adibah noor sehingga kini…?

Pengalaman kena banjir

Bila banjir melanda di Johor baru-baru ni hati ku sungguh terharu melihat keadaan penduduk yang menjadi mangsa dan rumah mereka hampir tenggelam hingga mencecah bumbung. Harta benda berupa tanaman lading,ternakan dan yang lain-lain habis musnah. Tu belum penduduk yang tinggal berhampiran dengan sungai,ada rumah mereka yang hanyut di bawa arus dan bila banjir surut kelihatan tapak rumah aja yang tinggal.

Kisah member kawan aku,

Berlaku di Johor. Ibu dan adik-adiknya yang lain duduk di kampung. Masa banjir yang pertama rumah ibunya habis runtuh di landa arus. Dia bersama adik-beradik yang sudah bekerja kongsi belanja untuk upah orang dan sama-sama bergotong royong membina rumah ibunya semula. Rumah yang sudah hampir siap musnah dan ranap sekali lagi bila banjir kedua datang melanda. Dia bersama keluarganya tak tau nak buat apa lagi dah. Duit dah habis di belanjakan untuk buat rumah. Kesian kan. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Kisah aku pula,

Ni kisah dedulu masa aku duk menyewa kat satu rumah. Setiap kali hujan turun lebat dan kebetulan air sungai pasang mesti banjir akan terjadi. Bayangkan kalau banjir dah sampai had tingkap. Sebelum banjir naik aku susun kusyen dan meja bertingkat-tingkat dan di atasnya aku letakkan barangan elektrik untuk mengelakkan dari rosak terkena air. Sebelum keluar rumah aku pastikan dulu semua pintu berkunci. Kemudian aku berjalan naik ke tempat tinggi berhampiran jalan raya. Rupa-rupanya dah ramai yang berkumpul di sana. Biasalah kalau dah berkumpul ramai-ramai macam tu. Macam-macam perkara,macam-macam perangai dan segala macam hal ada kat situ dengan berbagai-bagai ragam. Bila banjir surut dan bila melihat keadaan rumah yang di penuhi selut dan lumpur,terkeluar satu keluhan. Rasa nak nangis pun ada. Walau terasa letih dan penat semua lumpur tu mesti di bersihkan. Dah bersih pun masih ada juga bekas-bekas kotoran warna kuning karat yang tak mau tanggal. Segala perabut yang ada jangan cakaplah,hampir kesemuanya rosak dan mengembang,sebijik macam biskut lemak yang mengembang bila di rendam dalam air milo. Begitulah lebih kurang rupanya. Jawabnya buang ajalah dah tak boleh di gunakan lagi. Kenalah keluarkan duit simpanan untuk tukar yang baru. Seminggu menanggung sakit pinggang mengemas rumah. Sewa rumah pula nak bayar juga. Tuan rumah kalau dah title “tuan tanah kedawung” usah haraplah nak dapat simpati. Sewa tetap bayar,tak boleh nak tunggak-tunggak. Setiap tahunlah aku kena banjir. Duit simpanan makin lama makin susut. Serupalah macam bukit yang tinggi,di kikis di korek lama-lama habis rata. Aku mengambil keputusan,sebelum aku muflis dan menjadi lebih parah baik aku cabut.

Cuba bayangkan,rumah yang aku duduk dulu baru banjir had tingkap,bagaimana pula dengan rumah penduduk kat negeri Johor tu yang banjir sampai mencapai bumbung. Harta benda semua musnah. Sedih,penat,keluh-kesah,naik bingung dan hampir nak jadi senget pun ada. Tu baru sedikit ujian yang Maha Berkuasa bagi kat kita. Bagaimanakah dengan ujian yang lebih berat? Tak dapat aku bayangkan. Allah saja yang Maha Mengetahui. Semoga rakyat Malaysia yang mengalami musibah seperti banjir tabah menghadapi dugaan.

Friday, January 19, 2007

Jangan menipu

Tentu anda pernah dan acapkali merasa tidak puashati. Dalam hidup ini bermacam perkara yang berlaku. Salah satunya bila berlaku ketidakpuasan hati. Dalam menuntut sesuatu keadilan maka berlakulah sesuatu yang keji hingga ada yang sanggup membelakangkan hukum agama. Mereka sanggup menipu tanpa mereka sedari risikonya akan mereka tanggung hingga berlarutan ke anak cucu. Dari hasil penipuan itu,mereka telah berjaya dan hati merasa puas. Mungkin di dunia mereka senang lenang tapi tahukah mereka akan balasannya di akhirat kelak. Jika di dunia pula bala menimpa keluarga,mereka menyalahkan takdir. Tapi sedarkah mereka akan perbuatan mereka yang lepas-lepas. Kesian pada anak cucu yang tidak tahu menahu. Selama ini rezeki dan kesenangan yang mereka kecapi adalah hasil dari penipuan orang tua mereka. Punca hasil yang tidak berkat keluarga menjadi kucar kacir hidup menjadi porak peranda. Oleh itu fikirlah sedalam dalamnya sebelum melakukan sesuatu yang melanggar hukum agama hingga melibatkan keluarga anda sendiri,akhirnya anda sendiri yang menanggung rugi di dunia dan di akhirat.

Monday, January 15, 2007

Balik kampung lagi

Sabtu hari tu 13 Jan aku balik ke kampung berkumpul dengan adik beradik yang lain. Malamnya kami adakan kenduri,jemput orang surau,buat tahlil dan bacaan doa untuk arwah bang suf. Bang yub yang mengetuai para makmum semua. Saudara mara yang lain ada juga yang datang. Masa tengah kenduri tu mata ku melihat keliling ke arah tetamu yang datang dan biasanya setiap kenduri kendara mesti bang suf akan turut menyertainya sekali. Di situ terasa satu kekurangan di antara para tetamu yang datang. Walau pun sedih aku tahankan saja dalam hati. Siang tadi kakak ku beritahu,kenduri untuk buat tahlil dan bacaan doa juga di buat sebelah keluarga kakak ipar aku. Anak-anak arwah abang ku menyertainya di sana. Setelah para tetamu pulang kami adik beradik,ipar duai dan anak-anak saudara duduk berkumpul sambil berbual-bual bertanyakan khabar keluarga masing-masing. Terasa betul eratnya siratulrahim di antara keluarga semua. Aku berharap anak-anak arwah bang suf di sana bersabar di atas pemergian abah mereka. Doakanlah selalu semoga rohnya di tempatkan di kalangan ahli-ahli syurga dan doakan juga untuk keselamatan emak mereka semoga selamat dalam perjalanan balik ke Malaysia dari kota Mekah. Esoknya ketika dalam perjalanan pulang masih terngiang di telinga akan kata-kata kakak ku, "bang suf meninggal setelah selesai menunaikan fardu haji". Syukur Alhamdulillah. Dalam segaris rasa hati ku berdetik sambil berkata,walau apa pun jua yang berlaku dalam seribu liku kehidupan ini harus di teruskan.

Thursday, January 11, 2007

Abang ku kembali ke rahmatullah

Abangku Mohd yusuf yang telah kembali ke rahmatullah.

Khamis 11 Jan 2007 bersamaan 21 Zulhijjah 1427. Pada jam 12.30 tengahari aku mendapat berita abang ku nombor dua Mohd.Yusuf ( bang suf ) yang mengerjakan haji di Mekah telah meninggal dunia. Aku terdengar tangisan kakak ku dalam telefon yang tinggal di Kelana Jaya,dengan suara tersekat-sekat memberitahu akan perkara tersebut. Aku tersentak bila dia memberitahu dan ku tahankan hati ini dari menjadi sebak walaupun aku terasa sedih. Kemudian terus aku menelefon kakak ku yang tinggal di kampung untuk mengesahkannya. Kakak ku kata,pada mulanya abang ku kena sakit kaki dan telah di masukkan ke hospital dan kebetulan tu juga dadanya terasa sakit. Mungkin juga penyakit darah tinggi yang di hadapinya membuat dia jadi begitu. Allah lebih sayangkan dirinya dan aku rela di atas pemergiannya. Semasa dia bersama isterinya nak berangkat ke tanah suci tempoh hari aku tak dapat menyertai adik beradik yang lain untuk menghantarnya. Telah ku pesan pada abang ku yang nombor empat supaya memberitahu padanya di atas ketiadaan ku semasa menghantarnya nanti. Selang beberapa minit kemudian terus aku telefon ke rumah bang suf. Anaknya yang nombor dua Siti mengangkat telefon. Aku terdengar esakan suara Siti semasa dia bercerita pada ku. Siti kata pihak tabung haji telah menelefon ke rumah dan memaklum perkara yang telah berlaku. Jenazah akan di kebumikan di sana juga. Siti telah pun memberitahu pada abang dan adik-adiknya yang lain. Aku menyuruh Siti bersabar di atas pemergian bapanya ke Rahmatullah. Sejam kemudian kakak ku di kampung menelefon semula dan memberitahu,pada hari Sabtu malam minggu ni akan di adakan kenduri doa tahlil,buat di kampung saja. Nak buat di rumah arwah abang ku mungkin tunggu kakak ipar ku ( kak ipah ) balik dari Mekah nanti. Adik beradik yang lain semua sudah di beritahu dan akan balik pada Sabtu ini. Tentu isteri arwah abang ku kak ipah merasa sedih,kerana semasa pergi ke sana berdua dan semasa baliknya seorang. Masih ku ingat lagi akan pengorbanan abang ku ini terhadap adik-adiknya. Dialah yang banyak membantu abah dan ibu ku dalam segi perbelanjaan semasa aku dan adik beradik yang lain masih kecil dan masih bersekolah. Kepada Allah ku pohonkan doa semoga rohnya di cucuri rahmat,di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,orang-orang yang soleh dan di tempatkan di kalangan ahli-ahli syurga. Aminnn Ya Rabbal Aalamin.




Sunday, January 7, 2007

Buaian roda Eye on Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa KL

Sekarang ni tengah sibuk dengan Tahun Melawat Malaysia. Macam-macam acara yang di adakan di bandar-bandar seluruh Malaysia. Malaysia juga mempromosi ke luar negara bagi menarik pelancung untuk melancung di Malaysia. Pada malam 6 Jan 2007 di Taman Tasik Titiwangsa,pelancaran tahun melawat Malaysia di rasmikan oleh PM dan malam tu juga PM rasmikan buaian roda, Eye on Malaysia sama seperti London Eye di United Kingdom. Semasa di ketinggian 60 meter boleh menikmati panorama ibu negara dan lebih indah menikmatinya bila di waktu malam. Khabarnya dalam dunia ada tiga buaian roda tersebut,di London,Jepun dan Malaysia. Khabarnya juga kos perbelanjaan buaian roda tu menelan belanja sebanyak RM30 juta. Ada 42 gondola hawa dingin dan setiap satu boleh memuatkan 8 orang. Bayaran untuk dewasa RM15 dan kanak-kanak RM8. Pelancaran Tahun Melawat Malaysia turut di siarkan di 10 negara Asia Pasifik termasuk Australia dan New Zealand. Berbagai kempen kebersihan yang di jalankan oleh kerajaan dan rakyat Malaysia di minta sama-sama memastikan tak kira di Bandar atau di luar bandar supaya kawasan sekitar berada di dalam keadaan bersih selalu,dengan itu barulah seiring dengan sopan santun dan keramahan rakyat negara ini. Tapi masih ada yang tak mahu sedar dan tak ambil peduli bagi menerapkan nilai-nilai murni itu dalam diri masing-masing. Nak aku ceritakan sikit.

Peristiwa 1: Ketika melalui suatu lebuhraya terlihat di hadapan aku sebuah kereta mewah yang di pandu. Di dalam hati ku berkata,mesti orang yang di dalam kereta tu berjawatan tinggi dan orang yang terpelajar. Kalau tak manakan mampu pakai kereta mewah semacam itu. Ketika fikiran tengah menerawang tiba-tiba satu objek berupa bekas minuman plastik melayang keluar dari tingkap cermin kereta tersebut. Seketika itu juga darah ku menyirap melihatkan perbuatannya yang tidak bertanggung jawab,membuang sampah sesuka hati tak kira tempat tanpa merasa bersalah.

Peristiwa 2: Di lebuhraya juga,di hadapan ku sebuah kereta mewah di pandu laju. Tiba-tiba dari tingkap kereta tersebut melayang beberapa objek berupa kulit rambutan melantun dengan laju jatuh bersepah di tepi jalan. Bila aku toleh sekali lagi kearah belakang kereta tersebut, terpampang di bawahnya plet kereta ganjil serta berwarna dan semestinya dari negara jiran. Dalam hati ku berkata,di negaranya segala penduduk sejak sekian lama di ajar mengamalkan sikap bersih dan bertanggung jawab,tetapi kenapa bila berada di negara orang sikap itu tidak di manfaatkan untuk diri sendiri dan kenapa sikap tanggung jawab itu hilang begitu saja. Begitulah perangai segelintir manusia yang tidak tahu dan tahu tapi buat-buat tak tahu tentang sesuatu perkara yang di pertanggung jawabkan ke atas mereka. Begitulah segaris rasa ku rasakan walau memikir dalam seribu liku.

Yang tergantung tu lah Gondola

Yang buat pertunjukan sambil bawa jalur gemilang tu aku ingatkan orang Malaysia,
rupa-rupanya mat saleh rakyat negara lain. Tak ada yang pakar ker kat Malaysia ni?
Aku tersenyum sumbing tersengih sendirian. Heh heh "Malaysia Boleh"

Menikmati pemandangan indah KLCC di waktu malam dari Gondola

 

counters
Adelphia