27/09/2007 hari Khamis bersamaan 15 Ramadhan tepat jam 11.00 pm semasa tengah rehat-rehat nonton tv aku mendapat panggilan telefon dari kawan ku zaipu dari tempat kerja,mengatakan zulazhar telah meninggal dunia di hospital assunta pj. Hari tu masa shift petang ada kawan mengatakan zulazhar tak datang kerja kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya tapi mungkin tak serius hanya luka-luka kecil sahaja. Lepas tu tak taulah tentang bila masanya dia pergi hospital,atau mungkin dia ada sakit yang lain. Aku sungguh terkejut dengan berita yang aku terima malam tadi. Zaipu kata lepas maghrib berbuka puasa dia dan beberapa orang kawan pergi melawat zulazhar di hospital. Katanya lagi,petang tadi ada pegawai pejabat pergi melawat dan nampaknya sakit zulazhar nampak macam serius. Sebab itulah dia pergi ke sana untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Esoknya masa masuk shift malam terus aku berjumpa kawanku yang lain di tempat kerja untuk bertanya tentang perihal sahabat ku zulazhar meninggal dunia di hospital. Mereka menceritakan sebenarnya zul dah lama dan hampir dua bulan merasa sakit-sakit perut. Dia mensyaki mungkin kena gastric. Setelah pergi ke klinik doctor memberikan ubat penahan sakit untuk gastriknya. Bila ubat tu habis berulanglah dia ke klinik semula untuk mengambil ubat lagi. Mungkin dia tidak tahu yang dirinya telah di jangkiti virus hepatitis B. Semasa nak datang bekerja shift malam dia muntah darah,mungkin masa menaiki motor. Kemudian dia terus ke klinik. Di klinik dia muntah darah lagi. Terus doctor memberi satu surat dan menyuruhnya pergi ke hospital untuk membuat rawatan lanjut. Dengan menaiki motor terus dia ke hospital. Sampai di hospital dia di masukkan ke dalam wad. Dia menelefon seorang sahabat bernama mat zain dan memberitahu akan perihal dirinya. Kawan ku ceritakan lagi semasa mat zain datang melawatnya elok aja dia berbual-bual. Isterinya telah di beritahu mungkin zul kena gastric aja,jadi tiadalah isterinya datang melawatnya pada malam itu dan bercadang untuk melawat akan keesokkan harinya. Setelah mat zain balik zul telah di masukkan ke wad icu kerana muntah darah lagi. Doctor kata sakit zul telah bertambah serius dan hatinya telah mengecut tidak berfungsi lagi. Doctor telah menyuruh memanggil akan keluarganya. Kerana tekanan darah yang di pam dari jantung tidak melepasi hati maka saluran darah telah pecah,maka berlakulah pendarahan. Tak boleh ku bayangkan akan kesakitan yang di tangungnya. Keesokan harinya ramai saudara-mara dan kawan-kawan serta pegawai-pegawai dari tempat kerja datang menziarah. Allahyarham di kebumikan selepas solat jumaat di tanah perkuburan kota Damansara. Semoga dirinya di tempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Ku hadiahkan AlFatihah buat Allahyarham zulazhar dan takziah ku ucapkan untuk keluarga Allahyarham. Tidak ku sangka dalam usia 41 tahun begitu cepat kawan ku ini pergi untuk selamanya. Meninggalkan isteri berserta enam orang anak. Semoga rohnya di cucuri Rahmat. Selama bekerja dan sama tempat kerja,banyak kenangan aku bersama Allahyarham. Kalau bertemu dengannya satu kemestian aku dan dia akan berbual tentang hal-hal keagamaan tentang kehidupan manusia ini menuju ke alam akhirat. Kadangkala apa-apa masaalah di tempat kerja dia menceritakan pada aku. Banyak sifat-sifat sabar yang terpancar dari muka dan dari luahan hatinya. Semuanya kuasa Ilahi yang telah Allah tetapkan di loh mahfuz akan kehidupan manusia ini. Tidak siapa pun yang dapat menahan walau sesaat pun. Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment