Wednesday, February 14, 2007

Gila status

Segelintir manusia apabila mereka merasa mempunyai kelebihan,keistimewaan atau apa sahaja yang lebih,akan timbul dalam diri mereka ini suka membanggakan diri kerana ketinggian status dari orang lain. Mereka-mereka ini berasa tersangatlah bangga dan cakap pun nak tinggi-tinggi sahaja. Perangai dan perilaku beginilah yang akan merosakkan diri mereka sendiri. Ketika orang lain melakukan proses interaksi dan komunikasi dengan mereka ini dan apabila terserlah segala sifatnya,maka akhirnya perbualan akan menjadi hambar dan sebolehnya dengan cepat mahu di selesaikan agar segera tamat. Tidak ada hasil positif yang di perolehi,malah telah membabitkan hasil negatif. Semuanya di atas kejelikan mereka yang gila status. Saudara-mara dan kawan-kawan yang tidak tahan akan menjauhkan diri. Walaupun ada yang tahan mungkin melayan dengan separuh hati di sebabkan tidak mahu memutuskan pertalian siratulrahim. Sama ada yang gila status ini sedar atau tidak sedar tak tahulah. Bagi yang telah sedar baguslah. Bagi yang masih belum sedar,moga mereka ini tersedar.

Peristiwa 1 : Aku pergi menziarah sepupuku yang baru meninggal dunia. Semasa berjalan masuk di simpang ke rumahnya terserempak dengan seorang yang memang ku kenal sangat menuju ke arah yang sama. Bersalaman dengan ku dan dia berkata,"baru jer sampai nii naik flight,duduk seat first class lagi". Dalam hati ku berkata,'tak tanya pun'. Tapi aku layan jugalah. Tak layan kang merajuk pula tarik muka masam. Haha.

Peristiwa 2 : Semasa mengadakan sukan,ramailah cawangan-cawangan dalam Malaysia yang datang dan berkumpul di sana. Aku terlihat seseorang yang memang ku kenal sangat. Bukan orang lain pun,adalah kena mengena. Dah terjumpa mestilah nak bertanya kabar. Aku terus menuju ke arahnya,memberi salam dan bersalaman. Di sebelahnya ada orang penting. Orang penting memandang dan tersenyum. Tak sampai seminit pun berbual. Tiba-tiba dia merenung tepat ke arah ku,lihat kiri kanan dan berkata dengan suara perlahan takut orang lain dengar agaknya,lalu berkata,"kamu tau tak apa jawatan aku"? Aku dengan muka poyo cakaplah,"tak tau". Dia kata lagi,"aku sekarang ni jadi ketua pegang semua bahagian dalam cawangan". Dalam hati ku berkata,'wahh besar pangkat ni' dan aku tanya sikit lagi,"berapa lama dah"? Dia jawab,"uiisshhkk,setahun lebih dahhh". Dalam hati ku,' a ah yo lahh,kang tak bagi tau tak tau pula'. Nak tunggu aku bertanya usah haraplah. Haha.

Peristiwa 3 :Tak payah sambunglah,sebab segala macam perangai ada. Naik muak. Mungkin pengalaman kamu lebih dari itu?

No comments:

 

counters
Adelphia