Friday, February 16, 2007

Sahabat ku Damit kembali ke Rahmatullah

Dah beberapa hari aku tak masuk KOOL. Kat situlah aku melepak bila ada kelapangan. Sejak kebelakangan ni mood aku berkurangan. Tu yang malas aja nak masuk berforum. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Semalam mood aku terbuka sedikit dan aku masukkan satu entri dalam blog aku. Lepas siap semuanya aku nak offline,tapi aku rasakan macam ada sesuatu yang memaksa dalam hati ku ini menyuruh aku masuk kejap kat KOOL. Sebelum masuk KOOL aku nak jengok blog kawan-kawan dulu. Mula-mula aku jengok blog dak Ajip. Tengah membelek blog Ajip tiba-tiba mata ku terpaku di satu sudut blognya,tertulis AlFatihah untuk Khairul Jamil bin Yunus a.k.a Damit. Aku jadi gementar dan jam tu juga terus aku masuk KOOL. Terpampang di atas sekali 'tribute to Damit' AlFatihah buat Allahyarham Khairul Jamil Yunus. Hati ku berdebar-debar bila membaca tajuk tersebut. Bila aku buka dan baca satu persatu terus badan ku menjadi lemah,sedih dan pilu menusuk di hati ku. Rupanya kawan seforum ku Damit telah kembali ke Rahmatullah dan barulah aku tahu berita di dada akhbar kelmarin yang tertulis tentang 'kematian seorang majistret di Miri' adalah mengenai dirinya. Sebak ku rasakan bila mendapat tahu akan berita ini.
Damit adalah kawan seforum di alam cyber yang telah ku kenali beberapa tahun yang lalu hinggalah kini. Pertama kali dulu aku kenalnya di forum AMNET dan bertambah akrab semenjak masuk di forum KOOL,begitu juga pada kawan-kawan yang lain. Walaupun tidak pernah berjumpa di alam nyata tapi aku merasa senang berbual dengannya. Damit seorang yang periang,suka membuat kawan menjadi ceria. Setiap kali berjumpa di forum mesti tidak tinggal dengan lawak jenakanya. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi nak marah di sebabkan lawak lelucunnya. Aku masih teringat suatu waktu dulu,pernah dia mengadu dan meluahkan perasaannya pada ku kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama kaum keluarga. Dapat cuti untuk balik beraya pun setelah hari raya berlalu. Aku simpati dan sedih pula aku rasakan ketika itu,yang mampu aku katakan hanya menyuruh dia bersabar sahaja. Walaupun berbual hanya tulisan yang di tatapi,tapi ku rasakan seolah suaranya bergema menyelinap di telinga ku. Hari ini barulah aku tahu akan identiti sebenar Damit dan menatap gambarnya dari laman web yang di paparkan oleh kawan-kawan di forum KOOL. Terima kasih kawan-kawan.
Damit,walaupun kau telah tiada,sebagai seorang sahabat diri mu tetap dalam kenangan ku. Semoga diri mu di cucuri rahmat,di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal Aalamin.

No comments:

 

counters
Adelphia