Wednesday, January 24, 2007

Kisah dua orang sahabat

Pertemuan dua orang sahabat antara Ajih dan Ajoi. Sambil bertanyakan khabar berita mereka berdua singgah sebentar di sebuah restaurant mamak. Mereka memilih tempat duduk yang jauh sikit dari pelanggan-pelanggan yang datang silih berganti. Tiap seorang pekena sekeping roti canai dan segelas teh tarik. Perbualan semakin rancak,roti canai di koyak di cicah kuah kari,mulut mengunyah di selang-seli menghirup teh tarik panas dengan berselera sekali. Macam-macamlah yang di bualkan,tentang pekerjaan,tentang keluarga dan berbagai-bagai lagi. Ajoi memanggil Ajih dengan panggilan 'abang' kerana umurnya lebih tua sedikit dari Ajoi. Bila sampai di satu topik yang menggelisahkan,hanya sekali-sekala saja Ajih menyampuk bila mendengar cerita dari Ajoi,tapi selebihnya banyak mengangguk-ngangguk sahaja. Ajih tidak mahu menganggu perjalanan cerita dari topik yang di bualkan.

Ajih: "dah macam-macam hal di bualkan ni joi,nak tau gak camna hidup nko sekarang?maklumlah jarang bertemu,lagi pun dah bawa haluan masing-masing"(Ajoi tersengih mendengarkan kata-kata Ajih)

Ajoi: "macam biasalah bang,lagi pun saya tak duduk kat tempat dulu lagi dah,dah pindah ke tempat lain,beli rumah baru".

Ajih: "ohhh camtu"(balas Ajih pendek sahaja)

Ajoi: "hari tu saya ambil cuti bang,ada hal sikit".

Ajih: "wahh tentu jauh langkah ni,cuti-cuti Malaysia ker?"

Ajoi: "tak adalah bang,saya ambil cuti sebab nak tolong kawan".

Ajih: "tolong kawan,kenapa dengan kawan Ajoi,dia sakit ker?"

Ajoi: "tak lah,cuma tolong camtu jer,dia orang minta tolong"(Ajoi sengih-sengih lagi seolah-olah macam berat nak menceritakan sesuatu)

Ajih: "ceritalah joi,nak gak abang dengar ni".

Ajoi: "saya pergi Melaka nak cari rumah kosong".

Ajih: "aikkk,rumah dah ada nak cari rumah lagi?"

Ajoi: "bukan nak belilah bang,saya cari rumah kosong yang dah lama di tinggalkan,kat situlah makhluk-makhluk ghaib menumpang duduk dan di panggil supaya taburkan duit depan kita,kena tetapkan jumlahnya dalam RM Malaysia bang,kalau dah dah dapat tak boleh tamak bang,tujuan saya nak tolong orang tak ada tujuan lain pun,saya ikhlas".

Ajih: "eeee nko tak takut ker joi dan macamana nko panggil makhluk tu?"(Ajih terpaku mendengar cerita dari mulut Ajoi)

Ajoi: "kena beranilah,kena buat waktu detik 12 malam dan ada beberapa petua juga beberapa barang yang di perlukan bang,dapat barang-barang tu pun adalah kawan-kawan yang tolong carikan,nak panggil makhluk tu kena sediakan dan bentangkan kain kuning dan barang-barang tu semua di atur kat atasnya,kena buat solat dulu,lepas tu duduklah berwirid,nanti yang datang tu jin islam,memang betul dia yang datang bang,tapi di duganya kita dulu sama ada kita tahan atau tak tahan",ishhkk tengok ni bang,naik bulu roma saya"(Ajoi menyuakan lengannya ke arah Ajih memperlihatkan bulu romanya yang tegak berdiri)

Ajih: "abih tu dapat ker apa yang nko hajatkan?"(Ajih tidak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya)

Ajoi: "gagallah bang,makhluk tu samar-samar jer nampak tunjukkan dirinya".

Ajih: "kenapa lak?,ada sesuatu yang tak kena ker?"

Ajoi: "memang pun,sebab barang-barang yang di perlukan tu tak lengkap,akhirnya saya balik dengan tangan kosong,salah kawan sayalah bang tak beritahu syarat-syarat yang lengkap,mungkin lainkali saya nak cuba lagi bang,apa abang nak anggap pada diri saya pun anggaplah,saya tak marah"(Ajoi seolah-olah dapat membaca isi hati Ajih)

Ajoi: "niat saya nak tolong orang aja bang,tak ada niat lain pun"(Ajoi mengulangi kata-katanya seperti di atas tadi)

Ajih: "yer lah,abang faham,abang faham apa yang Ajoi katakan itu"(kerana nak jaga hati kawan dari tersinggung,Ajih mengangguk-ngangguk dan mengiyakan saja apa yang di katakan oleh Ajoi walaupun dalam hatinya memberontak dan membangkang,tidak setuju akan tindak tanduk dan perbuatan Ajoi yang sudah jauh terpesong,hati Ajih mula menjadi tawar malas nak layan lagi)

Ajih: "nampaknya dah hampir petang ni joi,cuaca pun nampak mendung semacam aja,lewat lak sampai kat rumah kang"(Ajih menghabiskan baki teh tarik yang masih ada di dalam gelas)

Ajoi: "ok lah bang,saya pun ada hal juga ni,ada masa nanti kita jumpa lagi yer".

Ajih: "ok lah joi,jumpa lagi,assalamualaikum".

Ajoi: "waalaikumsalam".

Ajih bersalaman dengan Ajoi. Dalam perjalanan pulang masih terngiang-ngiang di telinga Ajih apa yang di ceritakan oleh Ajoi semasa di restaurant tadi. Ajih tidak menyangka sama sekali,Ajoi yang di kenalinya dulu yang mendalam dalam ilmu agama sanggup melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum syara'. Ajih berdoa dan berkata dalam hati semoga Ajoi bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Kesimpulan dari kisah tersebut,jangan mudah terpedaya hingga menjerumuskan diri anda ke lembah syirik. Tak ada berkatnya rezeki yang kita dapat dengan membelakangkan hukum-hukum agama dan akhirnya diri sendiri yang rugi.

No comments:

 

counters
Adelphia