Friday, March 9, 2007

Marah,amarah

Pernahkah anda memarahi seseorang dan pernahkah anda di marahi?
Orang yang memarahi pula menyerang tanpa usul periksa. Sudah tentulah orang yang kena marah panas telinga mendengarnya. Sepatutnya tanyalah dahulu kenapa perkara itu boleh terjadi dan apa kesilapan yang telah berlaku menyebabkan ianya terjadi. Apabila orang yang hendak di marahi itu memberikan alasan-alasan dan sebab musabab ianya terjadi,maka barulah di fikirkan dan di pertimbangkan sama ada ianya logik atau pun tidak. Kalau kesilapan itu benar berlaku,terangkan padanya apa yang harus di buat dan di perbaiki untuk mengatasinya. Secara tidak langsung kita mendidik memberi pelajaran untuk di jadikan pengajaran dan pengalaman terhadap orang tersebut. Perlu juga di ingat,jangan memarahi seseorang di depan khalayak ramai. Ini akan menjatuhkan maruah dan airmuka orang itu. Seeloknya panggil orang yang hendak di marahi itu masuk ke dalam satu bilik. Begitulah yang di sarankan oleh pakar-pakar motivasi. Memang ada benarnya. Ketika itu terangkan padanya apa kesalahan yang telah dia lakukan menyebabkan ianya berlaku dan nasihatkan supaya ia tidak berulang lagi.
Dengan cara itu barulah atau mungkin orang yang di marahi itu menerima apa sahaja kemarahan dengan penuh rasa sedar dan akur akan tanggungjawab. Dari situ juga barulah timbul rasa hormat di hatinya kerana anda pandai memilih tempat cara terbaik untuk memarahi seseorang dan anda akan di hormati di atas kewibawaan anda.
Tapi yang seeloknya kalau hati terasa berapi nak memarahi seseorang,tanamkanlah dalam diri dengan hati bersikap tenang dan cubalah pujuk diri sendiri supaya senantiasa bersabar. Inilah sikap yang paling baik dan terpuji.

No comments:

 

counters
Adelphia