Saturday, March 17, 2007

Tikam belakang,busuk hati

Merbahaya kalau berkawan dengan orang yang suka tikam belakang dan busuk hati. Di hadapan kita manis sungguh berkata-kata,bila di belakang,kita di buruk-burukkannya.
Misal kata di tempat kerja: Kita buat kerja mengikut prosedur yang telah di tetapkan. Semua berjalan lancar sehinggalah tamat waktu kerja. Apa yang di buat semuanya menepati mengikut kehendak majikan kita. Sudah tentulah hati majikan kita merasa senang. Tapi bila seorang ini mengambil alih tugas dari kita untuk memulakan kerjanya hingga tamat waktu kerja,dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan jaya. Kita pula di persalahkan di atas kegagalannya. Bila terjumpa suku sakatnya mencecehlah mulutnya mengata-ngata apa sahaja yang tak berkenan di hatinya. Orang yang semacam ini memang tidak mahu menerima kelemahan dan kesilapan diri sendiri.
Majikan pula bukan orang yang bodoh atau pun bebal. Sekali dua mungkin majikan percaya apa yang di katakannya,tapi kalau dah selalu membuat kesilapan akhirnya tembelang akan pecah juga. Walaupun tembelang dah pecah sebusuk bau bangkai,orang yang jenis ini tak akan mau sedar-sedar dan tak mahu menerima hakikat akan kelemahan dirinya itu. Inilah agaknya yang di katakan bodoh sombong.
Maka tiadalah ubat yang mujarab untuk mengubati orang yang jenis ini,kecuali dirinya mahu menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada dirinya dan mahu menerima teguran,nasihat dan tunjuk ajar dari orang lain yang lebih pandai dari dirinya.
Oleh itu berhati-hatilah kalau terjumpa dengan orang yang suka tikam belakang dan busuk hati.

No comments:

 

counters
Adelphia