Thursday, January 11, 2007

Abang ku kembali ke rahmatullah

Abangku Mohd yusuf yang telah kembali ke rahmatullah.

Khamis 11 Jan 2007 bersamaan 21 Zulhijjah 1427. Pada jam 12.30 tengahari aku mendapat berita abang ku nombor dua Mohd.Yusuf ( bang suf ) yang mengerjakan haji di Mekah telah meninggal dunia. Aku terdengar tangisan kakak ku dalam telefon yang tinggal di Kelana Jaya,dengan suara tersekat-sekat memberitahu akan perkara tersebut. Aku tersentak bila dia memberitahu dan ku tahankan hati ini dari menjadi sebak walaupun aku terasa sedih. Kemudian terus aku menelefon kakak ku yang tinggal di kampung untuk mengesahkannya. Kakak ku kata,pada mulanya abang ku kena sakit kaki dan telah di masukkan ke hospital dan kebetulan tu juga dadanya terasa sakit. Mungkin juga penyakit darah tinggi yang di hadapinya membuat dia jadi begitu. Allah lebih sayangkan dirinya dan aku rela di atas pemergiannya. Semasa dia bersama isterinya nak berangkat ke tanah suci tempoh hari aku tak dapat menyertai adik beradik yang lain untuk menghantarnya. Telah ku pesan pada abang ku yang nombor empat supaya memberitahu padanya di atas ketiadaan ku semasa menghantarnya nanti. Selang beberapa minit kemudian terus aku telefon ke rumah bang suf. Anaknya yang nombor dua Siti mengangkat telefon. Aku terdengar esakan suara Siti semasa dia bercerita pada ku. Siti kata pihak tabung haji telah menelefon ke rumah dan memaklum perkara yang telah berlaku. Jenazah akan di kebumikan di sana juga. Siti telah pun memberitahu pada abang dan adik-adiknya yang lain. Aku menyuruh Siti bersabar di atas pemergian bapanya ke Rahmatullah. Sejam kemudian kakak ku di kampung menelefon semula dan memberitahu,pada hari Sabtu malam minggu ni akan di adakan kenduri doa tahlil,buat di kampung saja. Nak buat di rumah arwah abang ku mungkin tunggu kakak ipar ku ( kak ipah ) balik dari Mekah nanti. Adik beradik yang lain semua sudah di beritahu dan akan balik pada Sabtu ini. Tentu isteri arwah abang ku kak ipah merasa sedih,kerana semasa pergi ke sana berdua dan semasa baliknya seorang. Masih ku ingat lagi akan pengorbanan abang ku ini terhadap adik-adiknya. Dialah yang banyak membantu abah dan ibu ku dalam segi perbelanjaan semasa aku dan adik beradik yang lain masih kecil dan masih bersekolah. Kepada Allah ku pohonkan doa semoga rohnya di cucuri rahmat,di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,orang-orang yang soleh dan di tempatkan di kalangan ahli-ahli syurga. Aminnn Ya Rabbal Aalamin.




No comments:

 

counters
Adelphia