Monday, February 19, 2007

Ragam kawan

Bagus kalau berkawan ramai ni. Dari mereka kita dapat menimba ilmu pengetahuan selain dari membaca dan melawat ke tempat orang lain. Di dalam ramai kawan tu mesti ada seseorang yang suka menonjolkan diri,suka menunjuk-nunjuk kepandaian. Cakap mesti nak menang tak mau nak kalah. Semuanya dia tahu walaupun ada yang dia tidak tahu. Cakap apa saja perkara semua dia tahu sampai A hinggalah ke Z. Kalau di lawan bercakap memang susah kita untuk menang dan memang susah untuk mematahkan hujahnya. Di sebabkan seorang ni jugalah ada kawan-kawan lain yang menjauhkan diri. Ada juga kawan-kawan yang patah hati tak mahu duduk semeja kalau yang seorang ini ada bersama. Maklumlah kadang-kadang tu ada kawan yang telinga nipis tak tahan panas. Kalau kedua telinga dah merah menyala penumbuk pun mau singgah ke muka agaknya. Mungkin juga.
Tetapi tidak bagi diri ku. Tak menjadi beban pun kalau berkawan dengan orang macam ini. Biasalah orang macam ni memang mulut bisa sikit,cakap direct tak ada nak selindung-selindung pun. Pokok pangkalnya kita pandai melayan,ikut rentaknya segala apa topik yang di bualkan. Tentu kamu orang tak percaya,orang-orang seperti mereka ini ada di antaranya mempunyai IQ yang tinggi walaupun tidak tinggi dari bidang akademik. Kalau nak tau cubalah bercampur dengan mereka ini,tetapi memakan masa jugalah untuk membiasakan diri. Bila dah berdamping dengan orang yang semacam ini,telinga kenalah tebal macam telinga gajah,hati kena keras macam batu. Dari situ baru kita tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Friday, February 16, 2007

Sahabat ku Damit kembali ke Rahmatullah

Dah beberapa hari aku tak masuk KOOL. Kat situlah aku melepak bila ada kelapangan. Sejak kebelakangan ni mood aku berkurangan. Tu yang malas aja nak masuk berforum. Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Semalam mood aku terbuka sedikit dan aku masukkan satu entri dalam blog aku. Lepas siap semuanya aku nak offline,tapi aku rasakan macam ada sesuatu yang memaksa dalam hati ku ini menyuruh aku masuk kejap kat KOOL. Sebelum masuk KOOL aku nak jengok blog kawan-kawan dulu. Mula-mula aku jengok blog dak Ajip. Tengah membelek blog Ajip tiba-tiba mata ku terpaku di satu sudut blognya,tertulis AlFatihah untuk Khairul Jamil bin Yunus a.k.a Damit. Aku jadi gementar dan jam tu juga terus aku masuk KOOL. Terpampang di atas sekali 'tribute to Damit' AlFatihah buat Allahyarham Khairul Jamil Yunus. Hati ku berdebar-debar bila membaca tajuk tersebut. Bila aku buka dan baca satu persatu terus badan ku menjadi lemah,sedih dan pilu menusuk di hati ku. Rupanya kawan seforum ku Damit telah kembali ke Rahmatullah dan barulah aku tahu berita di dada akhbar kelmarin yang tertulis tentang 'kematian seorang majistret di Miri' adalah mengenai dirinya. Sebak ku rasakan bila mendapat tahu akan berita ini.
Damit adalah kawan seforum di alam cyber yang telah ku kenali beberapa tahun yang lalu hinggalah kini. Pertama kali dulu aku kenalnya di forum AMNET dan bertambah akrab semenjak masuk di forum KOOL,begitu juga pada kawan-kawan yang lain. Walaupun tidak pernah berjumpa di alam nyata tapi aku merasa senang berbual dengannya. Damit seorang yang periang,suka membuat kawan menjadi ceria. Setiap kali berjumpa di forum mesti tidak tinggal dengan lawak jenakanya. Kadang-kadang nak marah pun tak jadi nak marah di sebabkan lawak lelucunnya. Aku masih teringat suatu waktu dulu,pernah dia mengadu dan meluahkan perasaannya pada ku kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama kaum keluarga. Dapat cuti untuk balik beraya pun setelah hari raya berlalu. Aku simpati dan sedih pula aku rasakan ketika itu,yang mampu aku katakan hanya menyuruh dia bersabar sahaja. Walaupun berbual hanya tulisan yang di tatapi,tapi ku rasakan seolah suaranya bergema menyelinap di telinga ku. Hari ini barulah aku tahu akan identiti sebenar Damit dan menatap gambarnya dari laman web yang di paparkan oleh kawan-kawan di forum KOOL. Terima kasih kawan-kawan.
Damit,walaupun kau telah tiada,sebagai seorang sahabat diri mu tetap dalam kenangan ku. Semoga diri mu di cucuri rahmat,di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin ya rabbal Aalamin.

Wednesday, February 14, 2007

Gila status

Segelintir manusia apabila mereka merasa mempunyai kelebihan,keistimewaan atau apa sahaja yang lebih,akan timbul dalam diri mereka ini suka membanggakan diri kerana ketinggian status dari orang lain. Mereka-mereka ini berasa tersangatlah bangga dan cakap pun nak tinggi-tinggi sahaja. Perangai dan perilaku beginilah yang akan merosakkan diri mereka sendiri. Ketika orang lain melakukan proses interaksi dan komunikasi dengan mereka ini dan apabila terserlah segala sifatnya,maka akhirnya perbualan akan menjadi hambar dan sebolehnya dengan cepat mahu di selesaikan agar segera tamat. Tidak ada hasil positif yang di perolehi,malah telah membabitkan hasil negatif. Semuanya di atas kejelikan mereka yang gila status. Saudara-mara dan kawan-kawan yang tidak tahan akan menjauhkan diri. Walaupun ada yang tahan mungkin melayan dengan separuh hati di sebabkan tidak mahu memutuskan pertalian siratulrahim. Sama ada yang gila status ini sedar atau tidak sedar tak tahulah. Bagi yang telah sedar baguslah. Bagi yang masih belum sedar,moga mereka ini tersedar.

Peristiwa 1 : Aku pergi menziarah sepupuku yang baru meninggal dunia. Semasa berjalan masuk di simpang ke rumahnya terserempak dengan seorang yang memang ku kenal sangat menuju ke arah yang sama. Bersalaman dengan ku dan dia berkata,"baru jer sampai nii naik flight,duduk seat first class lagi". Dalam hati ku berkata,'tak tanya pun'. Tapi aku layan jugalah. Tak layan kang merajuk pula tarik muka masam. Haha.

Peristiwa 2 : Semasa mengadakan sukan,ramailah cawangan-cawangan dalam Malaysia yang datang dan berkumpul di sana. Aku terlihat seseorang yang memang ku kenal sangat. Bukan orang lain pun,adalah kena mengena. Dah terjumpa mestilah nak bertanya kabar. Aku terus menuju ke arahnya,memberi salam dan bersalaman. Di sebelahnya ada orang penting. Orang penting memandang dan tersenyum. Tak sampai seminit pun berbual. Tiba-tiba dia merenung tepat ke arah ku,lihat kiri kanan dan berkata dengan suara perlahan takut orang lain dengar agaknya,lalu berkata,"kamu tau tak apa jawatan aku"? Aku dengan muka poyo cakaplah,"tak tau". Dia kata lagi,"aku sekarang ni jadi ketua pegang semua bahagian dalam cawangan". Dalam hati ku berkata,'wahh besar pangkat ni' dan aku tanya sikit lagi,"berapa lama dah"? Dia jawab,"uiisshhkk,setahun lebih dahhh". Dalam hati ku,' a ah yo lahh,kang tak bagi tau tak tau pula'. Nak tunggu aku bertanya usah haraplah. Haha.

Peristiwa 3 :Tak payah sambunglah,sebab segala macam perangai ada. Naik muak. Mungkin pengalaman kamu lebih dari itu?
 

counters
Adelphia