Entah macam mana datang pula dalam diri ini nak buat blog . Dari hari ke hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun,barulah terbuka hati aku nak buat blog. Bukannya apa. Aku ni sibuk dengan kerja. Jadi masa yang terluang nak update tu yang kurang sikit. Kalau dah lama tak update akhirnya tumbuh lumut,tumbuh teritip hingga bersawang lagi hingga menjadi pudar. Itulah yang aku perhatikan pada sebahagian para penulis blog. Tapi aku akan mencuba setakat yang aku terdaya. Dah ada blog nih,manalah tahu kalau ada kawan-kawan atau saudara mara yang mengenali diri ku,akan berterusanlah kesinambungan persaudaraan. Jikalau ada saudara mara yang jauh dapat di rapatkan,yang rapat di mesrakan dan akan terjalinlah silatulrahim antara sesama insan. Semoga usahaku ini membuahkan hasil walaupun tidak dengan sepenuhnya. InsyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment