Friday, December 29, 2006

JHDN serang pasar malam

Baru-baru ni aku ke pasar malam. Tengah leka memilih barang-barang yang hendak di beli,aku lihat di jalan pintu masuk pasar malam,tiba-tiba saja muncul lebih kurang 20 orang beruniform warna biru bersama pegawai mereka menyerbu dan menuju ke arah penjaja. Aku ingatkan orang-orang penguatkuasa. Bila aku renung dan aku tilik logo yang tertera di bahagian dada dan di belakang jaket mereka,memang sah dia orang ni dari JHDN. Sambil bersoal jawab dengan penjaja sambil tu juga mereka mencatitkan sesuatu dalam borang fail yang di pegang. Bila di lihat dari mimik dan airmuka dia orang ni dari penguatkuasa tempatan memang jauh bezanya. Masa bersoal jawab tu mereka (org JHDN) memberikan senyuman dengan airmuka yang manis. Bukan senang nak tarik duit orang suruh bayar cukai beb. Haha. Kalau penguatkuasa tempatan pula,mereka datang dengan air muka yang serius sedikit masam untuk menampakkan ketegasan mereka menguatkuasakan undang-undang supaya penjaja tidak melanggar peraturan. Tapi mimik dan airmuka JHDN akan bertukar bila mendapat surat perintah menyerbu ke rumah orang-orang yang tidak mahu membayar cukai. Itu soal mimik airmuka.

Soal tanggung jawab pula.

Tanggung jawab rakyat untuk membantu ekonomi negara. Setiap tahun pendapatan dari penggajian kita akan di kenakan cukai pendapatan. Kerajaan dah buat undang-undang. Suka atau tak suka,kita sebagai rakyat terpaksa akur. Jangan tak bayar,susah di kemudian hari nanti. Sanggup ke kalau dah berpuluh tahun kerja,bila nak pencen duit simpanan kwsp separuh kena tarik,duit servis juga separuh kena tarik. Itu adalah untuk membayar cukai yang di kenakan bersama penalti yang di kenakan setiap tahun. Berapa baki yang tinggal pada anda?. Cukup ke untuk membiayai sisa-sisa hidup bersama tanggungan anda?. Kalau anda ada pendapatan dari punca lain dan dalam kategori orang senang mungkin tak menjadi masaalah. Kalau golongan terkebawah dari orang senang,itulah beban yang mereka cari sendiri. Fikirlah sendiri.

Aku bukan bodek,tapi akur akan undang-undang.

No comments:

 

counters
Adelphia