Bangsa yang menganuti agama lain ada tahun barunya dan ada hari perayaannya sendiri. Kita juga sebagai umat islam ada tahun barunya sendiri dan juga ada hari perayaannya,seperti tahun baru Awal Muharam,hari perayaaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Semuanya itu hari-hari besar bagi umat islam.
Bangsa yang menganuti agama lain ini,bila tiba hari perayaan Selamat Tahun Baru mereka,di dalam ucapan-ucapan selamat tu terkandunglah di dalamnya ucapan dan doa selamat buat sesama mereka seagama.
Tapi bagi kita umat islam ucapan-ucapan besar itu hanya berpeluang dapat di ucapkan hanya setahun sekali iaitu pada Hari Raya Aidilfitri. Meriah sungguh berserta kad-kad ucapan dan juga sms yang di hantar. Tetapi kenapa ucapan-ucapan besar itu jarang sungguh di ucapkan pada Awal Muharam dan juga Hari Raya Aidil Adha. Sedangkan kedua hari tu juga adalah hari besar yang mengandungi sejarah besar umat islam.
Mungkin juga kita ini terikut-ikut cara nenek moyang kita dahulu hinggalah membawa ke zaman ini.
Ketika orang ramai mengira menantikan detik 12 malam menyambut tahun baru Masehi 2007,terbayang di mata aku,alangkah meriahnya jika di Tahun Awal Muharam ramai-ramai mengira menanti detik 12 malam disertakan dengan doa-doa kesyukuran.