Selasa 1 Mei 2012 aku ke Kuantan rumah adik ku Hamid. Jam 10 pagi bertolak dari Shah Alam. Aku ke sana sebab nak minta tolong kat Hamid nak ambil anak aku kat PSMZA Dungun. Zahir mula cuti semester pada 5 Mei. Jam 2.30 petang aku sampai di sana. Esoknya Rabu jam 9 pagi selepas Hamid bayar bil pergi ronda-ronda Bandar Kuantan. Singgah kejap kat Teluk Cempedak.
Petangnya pergi casting haruan. Seekor pun tak dapat. Aku lihat lunyai dah tempat tu. Tapi yang aku dapat seekor pacat yang hampir kekenyangan melekat kat keting kaki, begitu juga Hamid dapat seekor pacat melekat kat kaki kirinya. Kemas joran terus balik ke rumah.
Khamis 3 Mei jam 9.30 pagi ke Dungun. Aku dah beritahu anak aku kalau dah habis exam tengahari nanti terus telefon aku. Dia kata pihak PSMZA suruh check out sebelum jam 3 petang hari tu juga. Memang kejam sungguh. Kesian aku tengok para pelajar yang keluarganya duduk berjauhan dan tak ada pula kemudahan untuk mengambil anak mereka. Sepatutnya berilah mereka masa untuk mencari tempat kediaman untuk menyimpan barang-barang . Aku lihat pihak pengurusan PSMZA macam lepas tangan. Pandai-pandailah pelajar cari rumah nak hidup. Memang tak patut betul dan memang aku tak puas hati. Banyak kelemahan PSMZA jika di bandingkan dengan lain-lain IPT.
Aku dengan Hamid lepak dulu di tepi pantai bersebelahan UITM Dungun. Memang best tempat ni. Hamid jumpa kejap dengan anaknya Eila yang menuntut kat UITM dungun ni. Lepas tu pergi meronda sepanjang pantai. Kemudian singgah makan kat restaurant Juz berdekatan kampong Sura lepas traffic light sebelum jambatan. Order nasi ayam dah habis pula. Makan nasi campurlah aku dengan Hamid. Aku ambil ikan keli goreng,sayur terung, kacang panjang masak lemak dan air limau ais. Hamid ambil lauk patin masak tempoyak , sayur sawi,kacang panjang masak lemak dan air limau ais. Masa nak bayar terkejut aku sebab dua orang baru RM9 aja. Perggghh memang murah gila. Kalau kat Shah Alam dah RM13 – Rm15 ni. Hamid cakap kat situ memang murah. Kalau dia ke Dungun mesti dia akan singgah di situ katanya.
Jam 2.30 ptg anak ku panggil,semuanya dah siap sedia. Ada tujuh beg dan satu beg besar yang akan di bawa. Kemudian terus ke rumah Hamid. Tidur satu malam lagi kat rumah Hamid. Esoknya jam 9.30 pagi aku dan anak ku balik ke Shah Alam. Satu beg besar dan dua sederhana besar tumpang kat kat rumah Hamid dulu. Habis cuti semester baru ambil semula. Terima kasih Hamid dan Isteri serta seisi keluarga di atas segala pertolongan dan juga layanan. Budi baik mu sentiasa ku kenang. Semoga Allah jua yang membalasnya. Aminnn.
Gambar kat bawah ni,sempat lagi pergi jalan-jalan bergambar kat Teluk Cempedak Kuantan
pantai Baluk Kuantan,nak cantik pergi sebelah sana
jalan atau simpang nak masuk ke rumah Hamid berpandukan papan tanda ini,kalau tak sesat lerr (Planet SeaFood)
minum petang kat rumah Hamid,sata ada,keropok losong ada,goreng pisang dan juga biskut. Nyumm nyumm.. :p
ke Dungun,sempat shoot,nampak api kat atas menara tuh. Kat tepi jalan tuh papan tanda di larang ambil gambar.
kat bawah ni Uitm,aku ambil gambar bahagian belakang semasa aku tengah relek dengan Hamid kat taman tepi laut
nyaman sungguh,naik mengantuk mata kena angin laut,kat sebelah tepi ada surau,sempat solat zuhur.
nak pergi toilet jap,heee
Mayang Sari Resort Dungun.
kiosk tepi pantai berdekatan mayang Sari resort,kalau jalan ke atas lagi ada port mancing,bestt.
dari Dungun Balik ke Kuantan
petronas petrol pump tak jauh dari politeknik Sultan Mizan
shell seberang jalan bertentangan dengan petronas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment