

Satu Syawal 1432 hijrah bersamaan 30 Ogos 2011 umat islam menyambut hari raya. Sekarang ni dah masuk raya yang ketiga. Aku tak balik ke kampung. Beraya dengan seisi keluarga di Shah Alam sahaja. Raya pertama yang paling seronok. Aku sekeluarga sembahyang sunat aidilfitri di masjid berdekatan. Hari yang sungguh bahagia aku rasakan. Pada raya kedua 31 Ogos pula ulangtahun kemerdekaan negara ku Malaysia. Berkobar-kobar dengan semangat patriotik nih. Setiap tahun kibarkan bendera Malaysia biar menjadi contoh untuk anak-anak ku mengikutinya. Ialah siapa lagi kalau kita yang tidak tunjukkan contoh dan tauladan cintakan negara sendiri. Sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos akan di buat pada 16 September ( 1 Malaysia ) kerana raya kedua rakyat Malaysia masih sibuk berhari-raya. Kepada kawan-kawan,saudara-mara dan kaum keluarga aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin dan selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 54.
No comments:
Post a Comment