Thursday, July 21, 2011

Ke UTM jln semarak KL

Bulan May 2011 Zahirah masuk UTM. Aku,wife,Zahir dan Yazid pergi hantar ke sana. Nurhadi tak ikut kena jaga rumah sebab kereta tak muat. Nasib baiklah dekat aja. Kebetulan pula yazid offday hari tu.Habis mendaftar terus hantar ke hostel jalan Setapak.Satu hari jugalah di situ aja. Balik ke rumah aku dan dan wife terasa pula kekurangan dan sunyi. Maklumlah tak pernah berpisah sejak dari kecil lagi. Aku lihat abang,adik dan kembarnya sekejap keluar sekejap masuk bilik. Mungkin mereka merasa seperti apa yang aku dan wife rasa. Tak apalah,lama kelamaan nanti biasalah tu. Aku doakan semoga anak ku Zahirah berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya. Bulan September 2011 nanti nak hantar Zahir ke Politeknik Sultan Mizan Dungun Terengganu. Minta2 janganlah musim banjir melanda sbb bulan tu musim tengkujuh di sana. Aku kena bincang dan buat perancangan dengan adik ku yang dah berkeluarga dengan orang Kuantan tak jauh dari pantai Baluk. Lagi pun kolej tu taklah berapa jauh dari rumahnya. Kat bawah ni aku paparkan sedikit gambar kenangan.

menunggu dengan penuh setia


kat kantin asrama selepas punggah barang2 keperluan


Yazid keletihan,lagi pun baru habis shift malam

No comments:

 

counters
Adelphia