Sunday, July 31, 2011
Ramadhan Almubarak
Hari ini bermulalah puasa 1 Ramadhan 1432 Hijrah. Moga aku tabah menjani ibadah puasa.
Friday, July 22, 2011
Update blog guna hp
Update lah blog guna hp. Seronok pula updatekan blog guna handphone. Kemudahan internet dah ada,apalagi gunakan sahajalah. Tak susahpun nak belajar. Banyak laman web dan laman blogger yang mengajar tentang cara-cara nak updatekan blog guna handphone. Nak hantar gambar ke blog pun senang. Buat cara mms aja. Tapi kena setting alamat email untuk blog dulu. Aku guna nokia E63 aja taklah secanggih hp kawan-kawan yang lain. Itu pun dah banyak kemudahannya. Belajar jangan tak belajar. Zaman semakin canggih. Walau macamana pun kena ikut juga. Taklah orang kata nanti buta IT. Biar celik IT.

Thursday, July 21, 2011
Ke UTM jln semarak KL
Bulan May 2011 Zahirah masuk UTM. Aku,wife,Zahir dan Yazid pergi hantar ke sana. Nurhadi tak ikut kena jaga rumah sebab kereta tak muat. Nasib baiklah dekat aja. Kebetulan pula yazid offday hari tu.Habis mendaftar terus hantar ke hostel jalan Setapak.Satu hari jugalah di situ aja. Balik ke rumah aku dan dan wife terasa pula kekurangan dan sunyi. Maklumlah tak pernah berpisah sejak dari kecil lagi. Aku lihat abang,adik dan kembarnya sekejap keluar sekejap masuk bilik. Mungkin mereka merasa seperti apa yang aku dan wife rasa. Tak apalah,lama kelamaan nanti biasalah tu. Aku doakan semoga anak ku Zahirah berjaya dalam pelajaran dan kehidupannya. Bulan September 2011 nanti nak hantar Zahir ke Politeknik Sultan Mizan Dungun Terengganu. Minta2 janganlah musim banjir melanda sbb bulan tu musim tengkujuh di sana. Aku kena bincang dan buat perancangan dengan adik ku yang dah berkeluarga dengan orang Kuantan tak jauh dari pantai Baluk. Lagi pun kolej tu taklah berapa jauh dari rumahnya. Kat bawah ni aku paparkan sedikit gambar kenangan.
menunggu dengan penuh setia

kat kantin asrama selepas punggah barang2 keperluan

Yazid keletihan,lagi pun baru habis shift malam
menunggu dengan penuh setia

kat kantin asrama selepas punggah barang2 keperluan

Yazid keletihan,lagi pun baru habis shift malam

Subscribe to:
Posts (Atom)