Wednesday, October 30, 2013

Gang rayban CSR

Nih kawan-kawan aku gang rayban..macam mat kruk ajer...takuttt..haha
dari kiri ke kanan,Rusdi,Man,Husin,Rajan dan yg botak tuh Fairuz.


Thursday, May 9, 2013

Rumah sewa Zahir

Inilah rumah yang di sewa oleh Zahir dengan kawan-kawannya di Dungun Terengganu, Belajar di Politeknik Sultan Mizan Dungun. Ok lah tu belajar merantau di tempat orang,banyak pengalaman.

Saturday, May 4, 2013

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 tahun 2013

Pada 3 April Rabu 2013 parlimen di bubarkan untuk pilihanraya umum. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengarahkan pada 20 April Sabtu adalah hari penamaan calon. Semua parti berkempen untuk calon - calon mereka. Sebelum tu Polis,tentera dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi awal pada 30 April Selasa 2013. Esok hari 5 Mei Ahad adalah hari mengundi bagi rakyat Malaysia. SELAMAT MENGUNDI.

Monday, March 25, 2013

Ke Seremban ziarah Bang Yub

Ziarah yang pertama:- Bulan Oktober 2012,Bang yub (Abdul Rahman) abang sulong ku mengalami sakit prostat. Aku,abang aku Fattah dan Rudin anaknya,kami bertiga ke Seremban ziarah bang yub. Rudin yang pandu kereta. Dalam perjalanan ke sana aku shoot setiap simpang jalan kerana aku sudah lupa jalan menuju ke rumahnya. Manalah tahu esok-esok aku nak ke rumahnya tak adalah sesat. Maklumlah sekarang bandar Seremban dah banyak di buat jalan sehala. Kalau sesat memang pening untuk mencari jalan keluar. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami sampai ke sana. Lama juga kami berbual-bual. Isteri bang yub,kak yan pun berbual sama. Dari cerita fasal sakit hinggalah dari hal-hal semasa. Seronok berbual,maklumlah lama aku tak jumpa dia. Bang yub kata mungkin dia akan menjalani pembedahan. Aku doakan semoga dia selamat. Semasa azan zohor berkumandang kami meminta diri pulang dan singgah di surau Taman Dato Syahbandar untuk solat zuhur. kat bawah nih gambar jalan setiap simpang menuju rumah bang Yub


kat bawah nih gambar bang Yub pakai pundi dan tiub utk salurkan air kencingnya

kat bawah nih pula sempat bergambar kat luar surau selepas solat zuhur.

 aku dan Rudin

aku dan bang tah

Sunday, May 6, 2012

ke Kuantan dan Ke Dungun lagi

Selasa 1 Mei 2012 aku ke Kuantan rumah adik ku Hamid. Jam 10 pagi bertolak dari Shah Alam. Aku ke sana sebab nak minta tolong kat Hamid nak ambil anak aku kat PSMZA Dungun. Zahir mula cuti semester pada 5 Mei. Jam 2.30 petang aku sampai di sana. Esoknya Rabu jam 9 pagi selepas Hamid bayar bil pergi ronda-ronda Bandar Kuantan. Singgah kejap kat Teluk Cempedak. Petangnya pergi casting haruan. Seekor pun tak dapat. Aku lihat lunyai dah tempat tu. Tapi yang aku dapat seekor pacat yang hampir kekenyangan melekat kat keting kaki, begitu juga Hamid dapat seekor pacat melekat kat kaki kirinya. Kemas joran terus balik ke rumah. Khamis 3 Mei jam 9.30 pagi ke Dungun. Aku dah beritahu anak aku kalau dah habis exam tengahari nanti terus telefon aku. Dia kata pihak PSMZA suruh check out sebelum jam 3 petang hari tu juga. Memang kejam sungguh. Kesian aku tengok para pelajar yang keluarganya duduk berjauhan dan tak ada pula kemudahan untuk mengambil anak mereka. Sepatutnya berilah mereka masa untuk mencari tempat kediaman untuk menyimpan barang-barang . Aku lihat pihak pengurusan PSMZA macam lepas tangan. Pandai-pandailah pelajar cari rumah nak hidup. Memang tak patut betul dan memang aku tak puas hati. Banyak kelemahan PSMZA jika di bandingkan dengan lain-lain IPT. Aku dengan Hamid lepak dulu di tepi pantai bersebelahan UITM Dungun. Memang best tempat ni. Hamid jumpa kejap dengan anaknya Eila yang menuntut kat UITM dungun ni. Lepas tu pergi meronda sepanjang pantai. Kemudian singgah makan kat restaurant Juz berdekatan kampong Sura lepas traffic light sebelum jambatan. Order nasi ayam dah habis pula. Makan nasi campurlah aku dengan Hamid. Aku ambil ikan keli goreng,sayur terung, kacang panjang masak lemak dan air limau ais. Hamid ambil lauk patin masak tempoyak , sayur sawi,kacang panjang masak lemak dan air limau ais. Masa nak bayar terkejut aku sebab dua orang baru RM9 aja. Perggghh memang murah gila. Kalau kat Shah Alam dah RM13 – Rm15 ni. Hamid cakap kat situ memang murah. Kalau dia ke Dungun mesti dia akan singgah di situ katanya. Jam 2.30 ptg anak ku panggil,semuanya dah siap sedia. Ada tujuh beg dan satu beg besar yang akan di bawa. Kemudian terus ke rumah Hamid. Tidur satu malam lagi kat rumah Hamid. Esoknya jam 9.30 pagi aku dan anak ku balik ke Shah Alam. Satu beg besar dan dua sederhana besar tumpang kat kat rumah Hamid dulu. Habis cuti semester baru ambil semula. Terima kasih Hamid dan Isteri serta seisi keluarga di atas segala pertolongan dan juga layanan. Budi baik mu sentiasa ku kenang. Semoga Allah jua yang membalasnya. Aminnn. Gambar kat bawah ni,sempat lagi pergi jalan-jalan bergambar kat Teluk Cempedak Kuantan
pantai Baluk Kuantan,nak cantik pergi sebelah sana
jalan atau simpang nak masuk ke rumah Hamid berpandukan papan tanda ini,kalau tak sesat lerr (Planet SeaFood)

minum petang kat rumah Hamid,sata ada,keropok losong ada,goreng pisang dan juga biskut. Nyumm nyumm.. :p

ke Dungun,sempat shoot,nampak api kat atas menara tuh. Kat tepi jalan tuh papan tanda di larang ambil gambar.

kat bawah ni Uitm,aku ambil gambar bahagian belakang semasa aku tengah relek dengan Hamid kat taman tepi laut

nyaman sungguh,naik mengantuk mata kena angin laut,kat sebelah tepi ada surau,sempat solat zuhur.
nak pergi toilet jap,heee

Mayang Sari Resort Dungun.

kiosk tepi pantai berdekatan mayang Sari resort,kalau jalan ke atas lagi ada port mancing,bestt.

dari Dungun Balik ke Kuantan

petronas petrol pump tak jauh dari politeknik Sultan Mizan

shell seberang jalan bertentangan dengan petronas

Monday, April 16, 2012

Pertabalan Yang DiPertuan Agong yang Keempatbelas



Tepat jam 12.02 tengahari hari Rabu 11 April 2012 bersamaan 19 JamadilAwal 1433 Hijrah,selesailah pertabalan Sultan Kedah dan Sultanah kedah sebagai Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke 14. Daulat tuanku.
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah dari negeri Kedah menjadi yang DiPertuan kali kedua. Baginda di tabalkan sebagai Yang DiPertuan Agong Yang kelima Pada 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Perdana menteri Bapa Pembangunan Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1970 hingga 1976. Pada tahun ini 2012 Perdana Menterinya Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak anak kepada Bapa Pembangunan. Hari ini dalam sejarah.

Sunday, February 19, 2012

Durian kampung

Bulan Disember tahun lepas aku,anak ku Nurhadi dan abangku Fattah balik ke kampung Sg. Mahang Nilai. Abang ku yang mengajak aku balik,katanya kakak ku di kampung telipon mengatakan durian dah gugur. Keesokkan hari abang ku mengambil aku dan Nurhadi tepat jam 8.30 pagi. Sampai di sana jam 9.20 pagi. Sebelum sampai singgah dulu beli roti canai nanti boleh sarapan sama-sama. Kebetulan kak yah yang duduk di Melaka balik juga ke kampung. Lagi pun kak yah dah buat rumah baru kat tanah dia. Tengahari kak miah sampai. Rumahnya 100 meter aja dari rumah kak yah. Lepas pungut durian lepaklah sama-sama sambil beborak dan cerita2 pasal kisah silam.

kat bawah nih nurhadi dengan duriannya



tengah pungut durian(dusun kat rmh kak yah)


lepas pungut durian sembang2 lerr
bang tah ngan bang nuar


kak miah,kak yah n Nurhadi


 

counters
Adelphia