Ziarah yang pertama:- Bulan Oktober 2012,Bang yub (Abdul Rahman) abang sulong ku mengalami sakit prostat. Aku,abang aku Fattah dan Rudin anaknya,kami bertiga ke Seremban ziarah bang yub. Rudin yang pandu kereta. Dalam perjalanan ke sana aku shoot setiap simpang jalan kerana aku sudah lupa jalan menuju ke rumahnya. Manalah tahu esok-esok aku nak ke rumahnya tak adalah sesat. Maklumlah sekarang bandar Seremban dah banyak di buat jalan sehala. Kalau sesat memang pening untuk mencari jalan keluar. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami sampai ke sana. Lama juga kami berbual-bual. Isteri bang yub,kak yan pun berbual sama. Dari cerita fasal sakit hinggalah dari hal-hal semasa. Seronok berbual,maklumlah lama aku tak jumpa dia. Bang yub kata mungkin dia akan menjalani pembedahan. Aku doakan semoga dia selamat. Semasa azan zohor berkumandang kami meminta diri pulang dan singgah di surau Taman Dato Syahbandar untuk solat zuhur.
kat bawah nih gambar jalan setiap simpang menuju rumah bang Yub








kat bawah nih gambar bang Yub pakai pundi dan tiub utk salurkan air kencingnya
kat bawah nih pula sempat bergambar kat luar surau selepas solat zuhur.
aku dan Rudin
aku dan bang tah