Wednesday, October 30, 2013

Gang rayban CSR

Nih kawan-kawan aku gang rayban..macam mat kruk ajer...takuttt..haha
dari kiri ke kanan,Rusdi,Man,Husin,Rajan dan yg botak tuh Fairuz.


Thursday, May 9, 2013

Rumah sewa Zahir

Inilah rumah yang di sewa oleh Zahir dengan kawan-kawannya di Dungun Terengganu, Belajar di Politeknik Sultan Mizan Dungun. Ok lah tu belajar merantau di tempat orang,banyak pengalaman.

Saturday, May 4, 2013

Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 tahun 2013

Pada 3 April Rabu 2013 parlimen di bubarkan untuk pilihanraya umum. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengarahkan pada 20 April Sabtu adalah hari penamaan calon. Semua parti berkempen untuk calon - calon mereka. Sebelum tu Polis,tentera dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara mengundi awal pada 30 April Selasa 2013. Esok hari 5 Mei Ahad adalah hari mengundi bagi rakyat Malaysia. SELAMAT MENGUNDI.

Monday, March 25, 2013

Ke Seremban ziarah Bang Yub

Ziarah yang pertama:- Bulan Oktober 2012,Bang yub (Abdul Rahman) abang sulong ku mengalami sakit prostat. Aku,abang aku Fattah dan Rudin anaknya,kami bertiga ke Seremban ziarah bang yub. Rudin yang pandu kereta. Dalam perjalanan ke sana aku shoot setiap simpang jalan kerana aku sudah lupa jalan menuju ke rumahnya. Manalah tahu esok-esok aku nak ke rumahnya tak adalah sesat. Maklumlah sekarang bandar Seremban dah banyak di buat jalan sehala. Kalau sesat memang pening untuk mencari jalan keluar. Lebih kurang jam 11.30 pagi kami sampai ke sana. Lama juga kami berbual-bual. Isteri bang yub,kak yan pun berbual sama. Dari cerita fasal sakit hinggalah dari hal-hal semasa. Seronok berbual,maklumlah lama aku tak jumpa dia. Bang yub kata mungkin dia akan menjalani pembedahan. Aku doakan semoga dia selamat. Semasa azan zohor berkumandang kami meminta diri pulang dan singgah di surau Taman Dato Syahbandar untuk solat zuhur. kat bawah nih gambar jalan setiap simpang menuju rumah bang Yub


kat bawah nih gambar bang Yub pakai pundi dan tiub utk salurkan air kencingnya

kat bawah nih pula sempat bergambar kat luar surau selepas solat zuhur.

 aku dan Rudin

aku dan bang tah

 

counters
Adelphia