Friday, December 23, 2011

Ke Politeknik Dungun Terengganu

17 hb Disember 2001 hari Sabtu aku ke Kuantan bersama Yazid dan Zahir. Yazid yang pandu kereta,kami bertiga ikut lebuhraya pantai timur (LPT). Sepanjang jalan langit mendung. Sekejap hujan sekejap berhenti. Begitulah keadaan cuaca hinggalah sampai ke Kuantan. Di Kuantan tumpang tidur satu malam di rumah adik ku Hamid,kampung Cengal Lempung Baluk. Banyak juga kelengkapan Zahir yang di bawa ke Dungun nanti. Zahir dapat menetap di asrama untuk satu semester. Semester berikutnya akan menyewa di rumah sewa berdekatan. Minta-minta dapatlah yang dekat hendaknya. Keesokan harinya jam 7 pagi Ahad ke politeknik Dungun. Aku mengajak adik ku Hamid ikut sekali untuk menunjukkan arah jalan ke sana. Jauh juga untuk sampai ke sana lebih kurang dalam masa dua jam. Tapi masa yang di ambil mencapai hingga dua jam setengah sebab semasa nak sampai ke Bandar Kemaman jalam jem sepanjang 2 kilometer,ada pembinaan jambatan dan jalan baru untuk mengelakkan berlakunya banjir di sana. Jam 9.10 pagi baru sampai ke politeknik Sultan Mizan. Ramai ibubapa yang menghantar anak mereka. Ramai juga yang datang dari jauh. Selepas pendaftaran aku berempat gotong royong angkat barang-barang Zahir ke asrama berdekatan. Kedudukan politeknik ni di atas bukit. Memang sejuk tambahan pula tengah musim hujan (musim tengkujuh di pantai timur sekarang). Aku tolong Zahir kemaskan barang kelengkapannya semua. Zahir kongsi bilik dengan budak Pulau pinang. Aku nasihatkan dia orang pakat-pakat bekerjasama. Selepas taklimat ibubapa,aku,Yazid dan Hamid ke Kuantan semula. tumpang tidur satu malam lagi kat rumah Hamid. Petangnya jalan-jalan cari lubuk ikan siakap. Tak jadi nak casting dengan Hamid sebab cuaca dan masa tidak mengizinkan. Tengok-tengok dan lihat-lihat sahajalah. Ada masa di lain hari nanti aku nak ajak Hamid pergi casting. Memang cantik tempatnya,teruja aku. Keesokan harinya Isnin selepas sarapan aku dengan Yazid balik ke Shah Alam. Terima kasih pada adik ku Hamid dan isteri kerana menyambut dan melayan aku dengan sepenuh hati sebagai tetamu. Mungkin di lain hari kita berjumpa lagi. InsyaAllah. Di bawah ni gambar-gambar yang sempat aku shoot.












Friday, December 9, 2011

Bonus akhir tahun

Di penghujung bulan Disember 2011 ni ramailah para pekerja sama ada kakitangan awam atau swasta dari pekerja bawahan hingga ke jawatan tinggi tersenyum lebar,bak kata orang senyum sampai ke telinga. Apakah tidaknya,kerana mereka akan mendapat bayaran bonus dari majikan masing-masing. Tak kiralah dapat berapa bulan pun,bergantung mengikut kemampuan majikan mereka. Bagi ibubapa yang anak masih belajar dapatlah menampung perbelanjaan dan pembayaran segala peralatan dan pakaian. Sentiasalah mengucap kesyukuran di atas rezeki yang di berikan oleh NYA.
 

counters
Adelphia