Tuesday, May 1, 2007

Lilin/Dian


Terlalu banyak perumpamaan tentang lilin ini. Ada yang panggil lilin ini 'dian'.
Umpama lilin menerangi biar pun rela membakar diri.
Hidup umpama lilin sedikit demi sedikit akan padam jua akhirnya.
Guru umpama lilin mencurahkan pengorbanan untuk mendidik anak bangsa.

Tapi bagaimana pula bila kat rumah tengah syok-syok nonton tv atau tengah malam yang terang benderang tiba-tiba saja terputus aliran elektrik (black out). Lilin jugalah yang akan menjadi pengganti untuk menerangi di malam yang gelap gelita. Nak harapkan lampu pelita,itu pun kalau masih ada menyimpannya lagi. Kalau ada pun mungkin dah tak ada minyak api/minyak tanah/minyak gas yang dah kering kontang dalam bekas selepas berlalunya hari raya.

Sebenarnya minyak kelapa juga boleh di gunakan. Ianya salah satu lampu tradisional orang dulu-dulu. Cerita dari nenek moyang aku,masa zaman jepun dulu dia orang gunakan minyak kelapa aja. Zaman perang zaman kesusahan yang teramat sangat. Untuk bekas,tali dan minyak semuanya di buat sendiri dari bahan pokok kelapa tu juga. Dari situlah timbul fikiran-fikiran yang sungguh kreatif untuk merekacipta dari kalangan orang-orang melayu sendiri. Kalau nak tahu juga tentang kreativi orang melayu di zaman kesusahan dulu/zaman perang,rajin-rajinlah bertanya pada orang tua yang pernah mengalaminya atau pun mencari bahan-bahan cerita itu di perpustakaan.

Berbalik pada lilin tadi. Itulah salah satu kegunaannya ketika berlakunya sesuatu kecemasan ketika terputus aliran elektrik di waktu malam.

Ada pepatah orang tua-tua: 'biar tak ada api jangan tak ada air' bayangkanlah kalau tak ada air (bekalan air paip terputus) adehhh memang seksalah jawabnya.
 

counters
Adelphia